Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi PAC perjelas 'ayat cari makan'
Diterbitkan:  Nov 18, 2015 4:48 PM
Dikemaskini: 11:08 AM

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata terdapat salah faham terhadap penggunaan “ayat cari makan” dalam sidang medianya hari ini.

Hasan berkata beliau sebenarnya menyediakan makan tengah hari untuk petugas media bagi mengeratkan hubungan dengan kumpulan itu.

“Ketika sidang media hampir tamat, saya menjemput petugas media untuk makan tengah hari dan selepas itu secara bergurau saya bercakap 'saya pun cari makan' bagi mewujudkan suasana lebih mesra dengan petugas media.

“Saya memaklumkan kepada petugas media bahawa percakapan saya itu mengenai 'saya pun cari makan' tidak harus dilaporkan disebabkan ia adalah sekadar gurauan kerana sebelum ini saya menyatakan buat masa ini tidak perlu untuk memanggil perdana menteri,” katanya.

Hasan sebelum ini dilaporkan berkata PAC tidak perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.

Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: "Janganlah, saya pun nak cari makan juga."

Kenyataan itu dibuat apabila beliau dimaklumkan pengerusi PAC terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui mungkin memanggil Najib bagi membantu siasatan isu 1MDB jika perlu.

Dalam kenyataan hari ini, beliau menyifatkan mana-mana portal berita, termasuk Malaysiakini , yang menyiarkan kenyataan itu sebagai tidak beretika.

Ini kerana, kata beliau, tindakan itu menjejaskan hubungannya dengan petugas media serta reputasinya sebagai pengerusi PAC dan ahli politik.

Saya nak cari makan juga, kata pengerusi PAC

'Cari makan' - DAP tuntut Ketua PAC letak jawatan

'Cari makan', quips PAC's Hasan on not calling PM oleh kinitv

Lihat Komen
ADS