Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nurul Izzah akan diheret ke J'kuasa Hak dan Kebebasan

PARLIMEN l Kerajaan akan mengheret Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana berjumpa dengan Jacel Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai Puteri Sulu di Filipina.

Usul untuk mengheret Nurul Izzah dimuatkan Kertas Aturan Mesyuarat Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR itu mungkin menghadapi nasib yang sama seperti yang berlaku ke atas Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang telah digantung kerana didakwa menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata, tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) dan 80 itu juga diambil berikutan kegagalan Nurul Izzah menjawab soalan yang jelas mengenai pertemuannya dengan Jacel.

"Bahawa sebagaimana yang dilaporkan di laman media sosial dan gambar yang dimuat naik oleh Puteri Jacel Kiram pada 9 November, Yang Berhormat Lembah Pantai telah menghadiri pertemuan bersama dengan Puteri Jacel Kiram yamh merupakan anak Jamalul Kiram III.

"Bahawa Yang Berhormat Lembah Pantai sedia maklum bahawa Puteri Jacel Kiram menentang kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia dan sehingga kini masih menuntut negeri Sabah adalah milik Kesultanan Sulu,” petik usul itu.

Menurut usul itu lagi, pertemuan itu juga menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang telah mencabar kedaulatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata walaupun Nurul Izzah telah menyatakan kekesalannya, namun kerajaan tidak akan berkompromi.

Ini kerana, katanya, tindakan itu bertentangan dengan sumpah ahli parlimen yang akan menumpahkan taat setia kepada negara, memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaannya.

"Bahawa tindakan Yang Berhormat Lembah Pantai tersebut merupakan suatu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

"Maka ini diperseujui Yang Berhormat Lembah Pantai hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan kebebasan,” petik usul itu lagi.

Makan malam yang dihadiri Nurul Izzah itu adalah anjuran oleh pihak berkuasa Filipina.

Pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu pada 12 Feb 2013, dengan niat untuk mengambil alih pantai timur Sabah.

Insiden Lahad Datu itu menyaksikan dua anggota keselamatan terbunuh manakala tiga yang lain cedera. 12 penceroboh bersenjata juga berjaya dibunuh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS