Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kali ini anak guam saya hilang cara sukarela, kata peguam
Diterbitkan:  Nov 30, 2015 12:18 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Peguam Americk Sidhu, yang mewakili pemilik rangkaian hotel yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Charles Suresh Morais mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memfitnah dirinya.

Kesal dengan kenyataan Khalid bahawa beliau mempunyai reputasi buruk mengenai akuan bersumpah (SD), katanya: "Komen itu jelas memfitnah saya dan pada masa ini saya sedang berunding dengan peguam mengenai pilihan tindakan yang akan diambil."

Americk menafikan kenyataan Khalid, khususnya dakwaan bahawa ini bukan kali pertama anak guamnya menghilangkan diri selepas membuat SD.

Bagaimanapun, peguam itu berkata bahawa kes semasa adalah berbeza dari yang kontroversi yang dikendalikannya sebelum ini.

"Sekurang-kurangnya kali ini pelanggan saya mempunyai pilihan untuk 'hilang' secara sukarela," katanya tanpa mengulas lanjut.

Ini adalah rujukan jelas terhadap penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mengejutkan negara dengan SD beliau pada tahun 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (yang ketika itu timbalan perdana menteri) dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dua puluh empat jam kemudian, Balasubramaniam membuat SD kedua yang menarik balik beberapa perenggan yang berkaitan dengan Najib dan seterunya melarikan diri ke India.

Penyiasat persendirian itu pulang semula ke Malaysia pada tahun 2013 dan mengubah kenyataannya sekali lagi dan bersumpah atas nama tuhannya bahawa SD pertama adalah betul.

Beliau, bagaimanapun, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mac tahun sebelum pilihan raya umum ke-13, di mana beliau sepatutnya berkempen untuk pembangkang.

Ini menimbulkan beberapa teori konspirasi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS