Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pemimpin pelajar: KJ tak tahu rasanya bila lapar
Diterbitkan:  Jan 12, 2016 9:00 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Bekas mahasiswa Fahmi Zainol mendakwa bahawa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak tahu bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar yang kelaparan kerana dia dilahirkan dalam golongan 'bangsawan'.

"Sebenarnya Khairy tidak tahu apa-apa. Sejak beliau lahir terus berada dalam golongan "bangsawan", kahwin pula dengan anak Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi).

"Beliau tidak pernah meminjam duit sewaktu belajar dahulu," kata Fahmi (foto) yang juga ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan semalam.

Bekas pemimpin majlis pelajar di Universiti Malaya itu mengulas kenyataan Khairy bahawa walaupun terdapat pelajar yang susah namun menteri itu berpendapat tidak ada kes pelajar yang kebuluran.

Walaupun Fahmi bersetuju bahawa tidak semua mahasiswa kebuluran, tetapi menurutnya, majoritinya kelaparan dan memerlukan bantuan.

Oleh itu, katanya, Khairy sebagai seorang menteri, sepatutnya sekurang-kurangnya melahirkan perasaan simpati terhadap apa yang berlaku pada mahasiswa dan bukannya menutup isu itu.

Fahmi mencabar Khairy: "Jika beliau berani, cubalah beliau menjadi mahasiswa Malaysia tahun 2016. Pinjam duit PTPTN, dan jangan dapatkan bantuan duit dari keluarga mahupun kroni."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS