Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'OSA atau tidak, ia akhirnya akan dibentang di Parlimen'

Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tidak tahu atas alasan apa laporan audit berkaitan 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sebaliknya katanya, akhirnya laporan audit berkenaan akan tetap di bentangkan di Parlimen.

“Saya tidak tahu apa alasannya. Tapi pada saya mereka tidak boleh nak sorok semuanya.

“Lambat laun, ia akan dibawa ke parlimen,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra- pelancaran IIUM Global Home Coming 2016 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Semalam, dilaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah mengklasifikasikan laporan audit itu mengikut OSA.

Semalam, kebanyakan media tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen, iaitu lokasi laporan berkenaan dibentangkan. Hanya media rasmi iaitu RTM dan Bernama yang dibenarkan membuat liputan.

Sementara itu, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata mengapa laporan itu diletakkan di bawah OSA hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu dari pihak kerajaan.

“Saya berasa itu agak aneh juga tapi mesti diletak jawapan kerajaan kenapa diletak di bawah OSA, mesti dihurai…

“Jika tidak saya fikir banyak persoalan yang nanti akan melemahkan situasi wujud di sekitar kita,” katanya dalam media yang sama.

Lihat Komen
ADS