Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sah: Laporan audit 1MDB kepada PAC ditakrif OSA
Diterbitkan:  Mar 4, 2016 3:47 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Setelah ditangguhkan beberapa kali, laporan akhir siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akhirnya diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Timbalan Pengerusi PAC Tan Seng Giaw mengesahkan bahawa laporan yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Ketua Audit Negara dan pasukannya menyampaikan apa yang mereka jumpai dalam siasatan 1MDB. Mereka telah klasifikasikan laporan itu mengikut OSA," kata Ahli Parlimen Kepong itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada Ketua Audit Negara menyatakan alasan berhubung takrifan laporan itu sebagai OSA, Tan berkata tidak.

Menurutnya, prosiding hari ini dijangka berakhir pada jam 5 petang ini dan bersambung hingga petang Isnin.

Semalam, dilaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah mengklasifikasikan laporan audit itu mengikut OSA.

Terdahulu hari ini, kebanyakan media tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen, iaitu lokasi laporan berkenaan dibentangkan. Hanya media rasmi iaitu RTM dan Bernama yang dibenarkan membuat liputan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS