Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Deklarasi Rakyat: Pemimpin PAS cuma kumpul info

Pemimpin PAS yang hadir ke majlis tandatangan Deklarasi Rakyat adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat, kata ketua penerangannya Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, beberapa pemimpin dibenarkan hadir ke majlis tersebut supaya mereka boleh mengemukakan laporan kepada parti.

"(Kita) telah dimaklumkan sebahagian adalah kehadiran yang diizinkan untuk mengambil maklumat apa sebenarnya pertemuan itu, untuk apa. Jadi kita kena tahu juga.

“Jadi kita hantar wakil sebagai untuk mendapat maklumat. Dia balik, boleh beri laporan kepada kami apa benda, tindakan apa dibuat, perbincangan dilakukan, apa beza gerakan yang mahu dilaksanakan.

"Jadi kita dapat maklumat yang jelas dan tepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di parlimen.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Dewan Ulama Datuk Khairuddin Aman Razali, anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa.

Setiausaha: Tak wakili parti

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ( gambar ) pula berkata, kesemua ahli parti itu yang hadir tidak mewakili parti Islam berkenaan.

"Pendirian kami adalah sangat jelas, kita bukan sebahagian daripada perjanjian itu dan kami mempunyai pandangan kita sendiri bahawa kita akan mengemukakan kepada pihak-pihak berkaitan," katanya.

PAS pada 3 Mac lalu mengumumkan tidak akan bersama dalam majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Najib.

Takiyuddin berkata PAS mempunyai pendekatan tersendiri khususnya melalui “Blok Politik Ketiga” ke arah mengubah kepimpinan negara melalui “saluran yang demokrasi dan berperlembagaan”.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS