Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kadir: Kenapa sekarang, Anwar?
Diterbitkan:  May 18, 2016 1:50 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Surat amaran Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyat muncul 72 jam selepas Deklarasi Rakyat mengumpulkan lebih sejuta tandatangan.

Ketika Mahathir melonggokkan timbunan deklarasi itu di depan kamera, Anwar memberi amaran supaya berwaspada dengan langkah Mahathir.

“Satu-satunya soalan kini, kenapa sekarang?” soal tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin yang rapat dengan Mahathir.

“Adakah kerana Deklarasi Rakyat pimpinan Mahathir terima lebih 1.2 juta tandatangan hanya dalam tempoh dua dua bulan?” soal bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu.

Kadir juga tertanya-tanya sama ada Anwar antara pihak yang ragu dengan deklarasi itu seperti banyak pihak dalam Umno dan sama ada Mahathir dan pendukungnya akan berjaya mendapat sokongan awam.

Kadir antara pihak yang menandatangani deklarasi menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS