Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafee tewas saman fitnah ke atas bekas hakim, Majlis Peguam
Diterbitkan:  May 26, 2016 11:30 AM
Dikemaskini: 4:16 AM

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini gagal dalam saman fitnah menentang peguam Tommy Thomas, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri VC George dan Majlis Peguam selepas mahkamah mendapati adalah tidak sesuai untuk beliau berbincang bukti 'dalam kamera' semasa forum.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Hanipah Farikullah, dalam menolak saman itu, memutuskan bahawa mahkamah telah menerima justifikasi pihak pembelaan, kelayakan keistimewaan dan komen adil.

Beliau menambah, mahkamah mendapati adalah tidak sesuai untuk Shafee membincangkan bukti dalam kamera semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa suatu forum di Kelana Jaya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan tahun lalu.

"Mahkamah dengan ini menolak kes," kata beliau.

Tiada arahan dibuat mengenai kos.

Shafee menfailkan saman itu bagi menghentikan Tommy dan George dari membentangkan usul menentang beliau semasa mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam tahun lalu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS