Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

ANALISIS l Ketika kempen pilihan raya kecil Sungai Besar memasuki minggu terakhirnya, segala tanda-tanda menunjukkan BN sedang mendahului dan mempunyai kelebihan dalam usaha memperluaskan sokongannya berbanding apa yang diperolehi pada pilihan raya umum lalu.

Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, BN akan mengekalkan status quo dengan meraih lebih daripada 60 peratus undi Melayu, dan juga merampas sebahagian daripada undi masyarakat Cina.

Baki 40 peratus undi Melayu akan dikuasai oleh PAS yang lebih dikenali di kalangan pengundi di sini berbanding AMANAH.

Bagaimanpun kerjasama dengan DAP sekurang-kurangnya akan menyelamatkan AMANAH di Sekinchan daripada dimalukan dengan parti serpihan itu mendapat undi yang sebelum ini memihak kepada PAS ketika bersama dalam Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Sungai Besar boleh difahami dengan melihat sokongan kepada kerusi DUN yang diwakilinya - Sungai Panjang (dikuasai Umno melalui ADUN Budiman Mohd Zohdi yang kini calon BN di Sungai Besar) dan Sekinchan yang dikuasai oleh DAP.

Mengikut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya, terdapat sejumlah 42,836 pengundi berdaftar di Sungai Besar.

Seramai 26,000 daripada 28,000 pengundi Melayu yang berdaftar adalah dari Sungai Panjang manakala terdapat 13,142 pengundi Cina, kira-kira 11,000 daripada mereka adalah dari Sekinchan.

Baki pengundi adalah masyarakat India dan lain-lain di kedua-dua kerusi DUN.

Walaupun mempunyai cengkaman yang kukuh di Sungai Panjang, Budiman tidak memandang ringan dan BN telah berkempen dengan rancak di kedua-dua Sungai Panjang dan Sekinchan.

Seorang anggota pasukan kempen Budiman memberitahu Malaysiakini bahawa terdapat hari-hari apabila Toyota Fortuner milik calon BN itu berulang-alik antara Sungai Panjang dan Sekinchan lapan kali sehari - jarak kira-kira 30 minit untuk setiap perjalanan.

Pada minggu pertama, Budiman menetapkan sasaran untuk bertemu dan beramah mesra dengan 3,000 pengundi sehari dari kedua-dua kawasan - dan berdasarkan sasaran ini, beliau telah berjumpa lebih separuh daripada pengundinya selepas lapan hari kempen.

Jadual peribadinya - yang diatur oleh BN Sungai Besar - lazimnya bermula pada kira-kira 7:30 pagi.

Beliau juga berusaha keras untuk mendekati masyarakat Cina - menubuhkan halaman Facebook Cina dan dengan bantuan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menghadiri majlis dengan masyarakat Cina.

Sorting out the catch at Bagan Sungai BesarBeliau juga mendapat bantuan persekutuan dengan perhatian khusus diberikan kepada memancing undi Cina dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh pengusaha pukat tunda dan nelayan di Sekinchan.

Para pemimpin MIC di kawasan itu juga membantu menyelaras program-program dengan pengundi India.

Malah parti-parti kecil India termasuk MyPPP dan IPF juga berada di Sungai Besar untuk berkempen bagi Budiman.

Selain iringan menteri, kabinet, Budiman juga memanfaatkan imej "budak kampung" dirinya dalam berkempen dari pintu ke pintu.

ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim, juga tidak mendapat rehat yang mencukupi kerana beliau kelihatan seolah-olah menerajui kempen calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur.

Ng memang dikenali ramai di kawasan ini dengan mukanya dimuatkan di papan iklan di seluruh banda.

Adalah satu pemandangan biasa untuk melihat Ng berjalan di sekitar bandar, kadang-kadang secara bersendirian dengan memakai baju T jingga AMANAH.

Beliau terpaksa melakukan ini kerana meskipun Azhar dilahirkan di Sungai Besar tetapi hanya baru-baru ini sahaja beliau kembali selepas menetap di Temerloh.

AMANAH juga yang tidak dikenali di kawasan itu. Pemimpin DAP, Teresa Kok semasa ceramah Sabtu lalu secara berseloroh mengingatkan pengundi Cina tempatan supaya mengundi 'bak chang' - merujuk kepada logo segitiga AMANAH.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS