Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penderaan seks kanak-kanak: Kesedaran latihan dewasa penting

Ahli-ahli panel sebuah forum penderaan seksual kanak-kanak yang diadakan malam tadi menekankan peri pentingnya latihan kesedaran untuk orang dewasa dalam menangani isu itu.

Sebagai ganti kepada latihan formal, salah seorang ahli panel Dr Zahilah Filzah Zulkifli berkata, orang dewasa perlu mendapatkan maklumat di internet mengenai penderaan seksual kanak-kanak sendiri bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan mengenai isu tersebut.

"Latihan itu baik. Dalam apa jua, saya sokong latihan tetapi harus diingatkan latihan tidak perlu menjadi formal. Anda boleh pulang ke rumah dan Google untuk membaca tentang penderaan seksual kanak-kanak.

"Anda perlu memperkatakan mengenainya. Anda tidak akan tahu ketika bercakap dengan seseorang, anda tersedar bahawa pelaku (penderaan seksual kanak-kanak) biasanya di kalangan ahli keluarga.

"Kanak-kanak mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda kemurungan; anda boleh dapatkan bantuan dari kebajikan sosial dengan menelefon 15999 atau pergi ke hospital - tiga maklumat ini boleh membantu orang ramai.

"Inilah sebab saya menggesa semua pihak lakukan kerana ia adalah krisis. Saya tidak boleh menunggu semua orang menjalani latihan," kata wakil NGO, 'Malaysian Advocates for Child Health'.

Forum berkenaan dianjurkan oleh NGOHub di Kuala Lumpur.

Ahli panel termasuk Zahilah sebelum ini sering menekankan orang dewasa sering mempunyai salah faham tentang tanda penderaan seksual kanak-kanak.

Malah ketika kanak-kanak di bawah laporan jagaan mereka melaporkan penderaan, orang dewasa tidak semestinya tahu apa yang dibuat atau apa yang perlu dilakukan seterusnya dan di mana untuk mendapatkan bantuan.

Zahilah, pakar kanak-kanak yang juga mengetuai pasukan Syaki Penderaan Kanak-kanak dan Terabai (Scan) di sebuah hospital kerajaan berkata, 80 peratus daripada kes-kes penderaan seksual kanak-kanak akan menghasilkan penemuan perubatan 'normal'.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS