Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR perbanyakkan kerusi majoriti Melayu di S'gor, dakwa Jeyakumar
Diterbitkan:  Sep 16, 2016 3:32 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memadamkan kerusi pelbagai kaum dan menggantikannya dengan kerusi Melayu dalam persempadanan semula terkini di negeri Selangor.

Beliau yang juga naib presiden PKR berkata, contoh paling dekat ialah adalah kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang diwakili beliau sendiri.

"Ia menunjukkan sekitar 30,252 pengundi telah dipindahkan mengikut rancangan SPR.

"Tambahan pula, SPR membawa masuk 14,268 pengundi baru dari kawasan majoriti Melayu.

"Jadi, daripada kerusi campuran dengan 60-40 peratus (bukan Melayu-Melayu), kawasan itu menjadi satu kerusi majoriti Melayu dengan kira-kira 85 peratus," kata beliau dalam kenyataan, malam tadi.

Kata Jeyakumar, SPR telah memindahkan ribuan pengundi bagi mengurangkan kerusi campuran tersebut.

"Justeru, SPR dalam apa jua cara telah memastikan Selangor mendapat peningkatan dalam bilangan kerusi majoriti Melayu," jelas beliau.

Ujarnya, lebih 30,000 pengundi yang dipindahkan daripada kawasan beliau telah ditempatkan dalam kerusi DUN Kota Alam Shah.

"Selain itu, 11,010 pengundi dari DUN Sri Muda dan DUN Pelabuhan Klang juga telah ditambah untuk kerusi DUN Kota Alam Shah.

"Tiada seorang pun daripada pengundi asal dari Kota Alam Shah berada di dalam kawasan pilihan raya itu lagi," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS