Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Saifuddin: Ucapan dasar Najib undang 'bencana perkauman'
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 10:00 AM
Dikemaskini: 7:07 AM

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Datuk Seri Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno (PAU).

Ucapan itu, katanya, mungkin boleh mengundang bencana perkauman di negara ini.

"Ia kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang perdana menteri," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Pertama, tegasnya, Najib telah menuduh DAP tanpa fakta, iaitu seolah-olah DAP anti-Melayu dan ant-Islam.

Sejak dalam Pakatan Rakyat, tegas Saifuddin, DAP bersama PKR dan PAS, bersetuju menegakkan keluhuran perlembagaan.

Ini, katanya, termasuklah menerima kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

"Kini, DAP mengulangi komitmen yang sama dalam Pakatan Harapan, iaitu bersama PKR dan AMANAH. Ini terbukti dengan Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Harapan, pada 9 Januari 2016, perkara-perkara yang sama itu diulangi.

"Kedua, DAP tidak dictate Pakatan Harapan. Dalam Pakatan Harapan, tiada parti yang dictate sesiapa, kerana kami mengamalkan kesaksamaan peranan dan kepimpinan kolektif.

"Contohnya, apabila DAP ingin mengadakan pilihan raya serta merta di Pulau Pinang, ia tidak dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, lalu DAP tidak jadi meneruskan cadangan tersebut," kata Saifuddin.

'Paling bahaya', kata Saifuddin, apabila Najib didakwanya membahagikan politik negara secara perkauman dengan memberi kata dua kepada rakyat, sama ada memilih DAP atau Umno sebagai induk.

Najib dalam ucapan dasarnya semalam memberi amaran bahawa semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap jika DAP berkuasa.

Beliau mendakwa DAP yang “memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular” akan menyebabkan institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan TERAJU akan pupus.

Saifuddin mendakwa, ia bermakna Najib sedang membina konfigurasi politik yang lebih ekstrim, iaitu model "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" lawan rakyat bukan Melayu, bukan Bumiputera dan bukan Islam.

Beliau mendakwa ia juga bermakna Najib mengharapkan wujud keadaan  "dominan Melayu/Bumiputera/Islam" manakala rakyat yang terdiri daripada kaum dan agama lain.

"Ini adalah model politik yang dibayangkan oleh Najib," katanya sambil mendakwa model politik itu adalah "politik perkauman yang paling teruk yang pernah dibayangkan oleh seorang perdana menteri Malaysia".

Saifuddin mendakwa model itu "amat berbahaya dan amat bertentangan dengan semangat masyarakat Malaysia yang majmuk".

Beliau mendakwa, ia boleh mengundang bencana perkauman yang buruk dan rakyat perlu menolak bencana baru yang hendak dibawa oleh Najib itu.
 

Najib: Institusi Melayu, Islam terkubur jika DAP berkuasa

Lihat Komen
ADS