Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib: Institusi Melayu, Islam terkubur jika DAP berkuasa

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada ucapan dasarnya di Perhimpuan Agung Umno 2016 hari ini, berikrar akan terus memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera.

Tekad perdana menteri itu disuarakan berikutan kebimbangannya sekira negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya.

Oleh demikian Najib memberi amaran bahawa semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap jika DAP berkuasa.

“Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini.

“Termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap,” kata Najib.

Menurutnya, institusi pengajian tinggi yang dikhususkan untuk orang Melayu dan Bumiputera seperi Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.

“Natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, saya yakin, nescaya orang-orang Melayu juga Bumiputera berasa takut dan bimbang.

“Lalu akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka,” katanya.

Tambah Najib, ia juga tidak berakhir di situ, syiar Islam juga akan dibelakangi.

“Jika dikaji perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.

“Institusi-institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, Jakim, Jawhar (Jabatan Wakaf), Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya,” katanya.

Najib pada akhir ucapan dasarnya juga mengingatkan ahli untuk mempertahankan ketuanan parti supaya orang Melayu terus mempunyai dahan berpaut.

Beliau turut mengingatkan ahli dan kepemimpinan supaya tidak leka, sebaliknya sentiasa bersiap sedia dan berwaspada dengan cabaran akan datang.

"Jikalau Umno terkubur oleh kelekaan kita, pastinya ia menjadi satu 'dosa' yang tidak akan diampunkan oleh anak-anak cucu kita kelak.

“Apalah akan menimpa bangsa kita nanti? Bila semua sudah punah berkecai, apabila Umno sudah tidak ada lagi, umpama kupang tembaga yang tidak berguna,

"Apabila orang Melayu sudah tidak ada tempat bergantung harap, akan tersungkur dan tertiaraplah, menjadi hina, merempat, mengemis, bahkan terbangsat di tanah sendiri.

"Pada masa itu, zahir Umno akan tercarik dan luka, batin parti keramat ini juga pastinya menjerit-jerit dan luluh binasa. Alangkah berhiba-hiba di hati,

“Tamatlah riwayat Melayu sejati. Nobat nafiri pun tiada bergema dan tidak akan berbunyi lagi," katanya.

Lihat Komen
ADS