Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS masih musuh Umno di Kelantan walaupun persepsi yang tersurat sebaliknya di peringkat kebangsaan, kata seorang perwakilan Umno.

"Walaupun di peringkat nasional, parti yang memerintah Kelantan (PAS) kelihatan mesra dengan Umno, realitinya - suka atau tidak - mereka adalah musuh-musuh politik yang jelas bagi orang-orang kita di Kelantan," kata perwakilan Umno Gua Musang Mohd Syahbuddin Hashim .

PAS dan Umno menjadi mesra selepas parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP yang membawa kepada terbubarnya Pakatan Rakyat.

Para pemimpin PAS tetap menegaskan masih menentang Umno dan komited untuk menumbangkan kerajaan BN.

Bagaimanapun Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengumumkan kerajaan akan mengambil alih rang undang-undang ahli persendirian dicadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka hadir pada perhimpunan Ahad ini untuk membantah pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS