Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes tembak 'Datuk': Tunggu info polis, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan khabar angin membabitkan insiden tembak mati di lebuhraya Tun Lim Chong Eu malam tadi.

"Jangan buat spekulasi, tunggu maklumat polis," kata beliau yang juga setiausaha agung DAP.

Tiga individu termasuk seorang 'Datuk' menjadi mangsa tembakan oleh pengawal peribadi yang dilaporkan mengalami masalah mental.

Pengawal peribadi berusia 35 tahun itu mempunyai latar belakang tentera setelah berkhidmat di tentera sukarela Wataniah dengan mempunyai lesen untuk membawa dan menggunakan pistol.

Lim telah berkomunikasi dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rejab mengenai perkara itu dan dimaklumkan ia adalah insiden yang melibatkan individu bermasalah mental.

"Kes ini serius dengan tiga kematian dan kecederaan kepada tiga orang awam lain tetapi mari kita serahkan kepada polis untuk menyiasat," kata Lim selepas melawat mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini.

"Dua suspek telah ditangkap dan ditahan (untuk tujuh hari), kami berharap polis akan bertindak segera terhadap mereka yang bertanggungjawab," ujar beliau.

"Kita berharap ia hanya satu kes suspek mengamuk dan tiada kaitan dengan insiden lain," tambahnya.

Lim berada di hospital untuk menunjukkan simpati kepada mangsa yang cedera oleh tembakan itu termasuk jurukamera RTM Mohamad Amirul Amin Amir yang menjalani pembedahan pagi ini setelah ditembak di bahu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS