Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'PAS paksa lawan tiga penjuru jika ugut sekutu AMANAH'
Diterbitkan:  Jan 4, 2017 8:30 AM
Dikemaskini: 5:41 AM

Pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan jdalam pilihan raya umum akan datang jika PAS terus mengugut PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekiranya mereka bekerjasama dengan AMANAH.

Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Samad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad semalam bahawa kegagalan untuk berunding dengan PAS akan menyebabkan semua parti pembangkang akan "sama-sama menanggung akibatnya".

"AMANAH mengambil maklum pandangan Iskandar yang menyebut bahawa sekiranya AMANAH ingin gantikan PAS maka AMANAH perlu bertanding sendiri melawan PAS dan bukan menghantar parti lain sama ada PKR atau PPBM," kata Khalid dalam satu kenyataan..

"AMANAH cukup bersetuju supaya PKR dan PPBM jangan dikaitkan dalam persoalan persaingan antara PAS dan AMANAH.

"Oleh itu, AMANAH mengesyorkan supaya PAS menghentikan ugutan terhadap PKR dan PPBM dengan kata-kata akan bertanding di kerusi kedua-dua mereka sekiranya mereka berkerjasama dengan AMANAH," kata Khalid lagi.

Menurutnya, AMANAH terpaksa bersedia menghadapi PAS secara tiga penjuru sekiranya PAS terus berusaha memecahbelahkan Pakatan Harapan dengan berunding hanya dengan PKR dan PPBM dan tidak dengan pakatan itu.

Isnin lalu, Iskandar dilaporkan berkata, sekiranya parti-parti lain boleh bersetuju pertandingan dua penjuru, PAS sedia untuk menghormatinya.

Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku "free for all", PAS bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru, katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS