Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA tak mudah diperdaya DAP
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 11:02 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

MCA memberikan ikrarnya untuk tidak mudah terperangkang dengan jerat dipasang DAP, kata presidennya.

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA tidak akan meninggalkan BN seperti diharapkan DAP.

"Kami adalah sebahagian kerajaan dan diamanahkan oleh rakyat. Mengapa (anda) mahu kami meninggalkan BN?

"Kami tidak akan terperangkap dalam jerat DAP. Kami mahu melindungi hak rakyat dan masyarakat Cina.

"Oleh itu kami akan kekal dalam politik arus perdana," katanya.

Liow bercakap demikian dalam temu bual dengan Sin Chew Daily.

DAP terus mencabar MCA supaya meninggalkan gabungan BN yang kini membentuk kerajaan Malaysia.

Gesaan itu dibuat ekoran sikap Umno terhadap usul PAS mahu meminda Akta Mahkamah Syarikat (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355.

Walaupun PAS mendakwa rang undang-undang itu bertujuan untuk memberi lebih kuasa kepada mahkamah syariah, sesetengah pihak melihatnya sebagai pembuka jalan kepada pelaksanaan hudud.

Selain DAP, seorang menteri kanan Umno, Datuk Seri Nazri Aziz, juga pernah membuat gesaan sama kepada MCA.

Kata Liow ada pihak tertentu berkata, MCA perlu meninggalkan BN jika kerajaan membentangkan pindaan Akta 355 seperti dicadangkan PAS.

"Saya nak tanya: Mengapa MCA perlu dipertanggungjawabkan apabila parti lain melanggar semangat BN?" katanya.

Menurut menteri pengangkutan itu, walaupun MCA mengalu-alukan kritikan membina, tidak adil untuk mereka dipersalahkan manakala pihak lain tidak dikenakan tindakan sama.

"Jangan sergah MCA di kedai kopi dan tidak kepada parti lain. Tak ada makna untuk memberikan kritikan negatif dan meruntuhkan masyarakat dan negara," katanya.

Liow juga mendakwa DAP hanya tahu "mengeluarkan kenyataan" dan menghasilkan "klip video menghina MCA".

"Mereka perlu mencontohi DAP. Lakukan sesuatu yang membina.

"DAP tidak tahu betapa susahnya mempertahankan kepelbagaian," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS