Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam negara AS tolak sekatan imigresen Trump
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 10:12 AM
Dikemaskini: 6:40 AM

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerima tamparan hebat apabila peguam negara itu Sally Yates enggan mendukung sekatan kemasukan pendatang Muslim daripada tujuh negara yang dikeluarkannya.

Dalam suratnya kepada peguam-peguam di Jabatan Kehakiman (DOJ) pada Isnin, Yates menegaskan peranannya memastikan pendirian AS di mahkamah selari dengan tanggungjawab perlembagaan untuk “menegakkan keadilan dan mempertahankan apa yang benar”.

“Pada masa ini saya tidak yakin bahawa membela arahan eksekutif itu selari dengan tanggungjawab-tanggungjawab ini dan saya tidak yakin arahan pihak eksekutif selari dengan undang-undang,” katanya, seperti dilaporkan Time, yang memetik ABC News.

Yates, lantikan bekas presiden Barack Obama, sedang menghabiskan tugasnya sebelum calon Trump Jeff Sessions mengesahkan jawatan.

Trump pula mendakwa parti lawan Demokrat sengaja melengah-lengahkan kabinet pilihannya sehingga mewujudkan “peguam negara Obama”.

Trump sebelum ini mengeluarkan perintah sekatan terhadap pendatang daripada tujuh negara umat Islam selama 120 hari.

Ia melibatkan pelarian dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.


Peguam negara ingkar arahan Trump dipecat

Lihat Komen
ADS