Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden AS Donald Trump hari ini memecat peguam negara, Sally Yates, selepas pegawai tinggi perundangan itu mengambil langkah luar biasa melawan arahan Rumah Putih.

Sally juga enggan mempertahankan peraturan baru AS yang mengehadkan kemasukan rakyat tujuh negara umat Islam seperti diarahkan Trump.

Ia menjadi satu lagi kejutan dramatik terbaru sejak Trump mengeluarkan arahan eksekutif yang mengehadkan kemasukan pelarian dari Iran, Iraq, Syria, Yaman, Libya, Somalia dan Yaman selama 120 hari.

Larangan itu diumum di Washington malam Jumaat lalu dan mencetuskan protes serta kekecohan di pelbagai lapangan terbang AS ketika pegawai kastam bergelut untuk melaksanakannya.

Tempias kesan arahan itu turut terkena pasaran saham AS hari ini apabila ia menyaksikan kejatuhan terbesar dicatat sejak Januari lalu. Pada masa sama banyak syarikat yang terjejas menyatakan bantahan mereka.

Sally berkata di Washington hari ini, Jabatan Kehakiman tidak akan mempertahankan arahan mahkamah yang mencabar keputusan kerajaan.

Katanya, dia juga tidak yakin ketetapan dibuat kerajaan "selaras dengan tanggungjawab institusi itu untuk sentiasa mendapatkan keadilan dan mempertahankan kebenaran".

Beberapa jam kemudian Sally dipecat.

Menurut Rumah Putih, Sally "mengkhianati Jabatan Kehakiman dengan enggan melaksanakan arahan sah yang dibuat untuk melindungi warga AS", serta menggambarkan tindakan itu bersifat politik.

Trump berhujah, pelaksanaan undang-undang saringan lebih ketat perlu untuk melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas, namun pengkritik melihat ia tidak adil ke atas orang Islam, selain mencemar reputias negara itu yang selama ini dianggap menjadi tempat mesra pendatang.

Sally berkhidmat sebagai peguam negara selepas dilatik pentadbiran Parti Demokrat Barack Obama dan hanya menunggu masa untuk digantikan dengan tokoh pilihan Trump, senator Republikan Jeff Sessions, yang kini menunggu kelulusan senat.

"Sally adalah lantikan pentadbiran Obama yang lemah dalam hal kawalan sempadan dan sangat lemah berhubung kemasukan pendatang haram," kata kenyataan Rumah Putih.

[Baca berita penuh]


Peguam negara AS tolak sekatan imigresen Trump


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS