Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Facebook Najib kena serangan '20¢'
Diterbitkan:  Feb 1, 2017 5:16 PM
Dikemaskini: Feb 2, 2017 9:23 AM

Laman sosial Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 sebanyak 20sen mulai tengah malam tadi.

Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.

Ramai pengguna menampal beratus-ratus simbol itu dalam satu komen. Tiada ulasan lain diberikan.

Di status terkini Najib yang mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang berkhidmat di musim perayaan misalnya, hampir semua komen meletakkan simbol 20sen.

Setakat berita ini ditulis, hanya dua pengguna maya sahaja yang memberi komen berbeza, iaitu:

Halimah Said: Saya suka gambar ini.

Hairil Afzal: Janji 'dicapati... tembolok sendiri dipenuhi.

Bukan itu sahaja, gambar profil beliau juga menerima menjadi mangsa 'spam' itu.

Kenaikan terbaru itu berkuat kuasa sejak 12 tengah malam tadi dan menjadikan harga minyak berada pada tahap tertinggi sejak Januari 2016.

Harga runcit petrol RON95 kini menjadi RM2.30 seliter, RON97 (RM2.60 seliter) dan diesel naik 10sen kepada RM2.15 seliter, mulai tengah malam ini.

Najib setakat ini belum mengulas berhubung kenaikan harga itu.

Kerajaan menggunakan sistem apungan terkawal yang mengambil kira pelbagai faktor untuk menentukan harga minyak, termasuk harga minyak mentah dunia, kekuatan mata wang negara serta purata harga untuk bulan sebelumnya.

Pembangkang hari ini turut menuntut Najib memberikan penjelasan mengapa harga petrol naik 20sen ketika harga minyak mentah Brent dunia merosot pada Januari, kepada AS$55.86 bagi setiap tong.

Lihat Komen
ADS