Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Keliru mengenai Akta 355? Kini ada aplikasinya
Diterbitkan:  Feb 15, 2017 10:35 AM
Dikemaskini: 3:18 AM

Kini terdapat aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk menggalakkan pemahaman mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Bertajuk "RUU 355", aplikasi itu, antara lain, menyediakan maklumat umum mengenai pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kalendar mengenai jelajah yang akan datang berkaitan perkara itu, koleksi maklumat grafik dan malah ruang forum untuk bercakap mengenai pindaan tersebut.

Aplikasi itu yang pada masa ini hanya terdapat di Google Play Store, mempunyai 37 rating, dengan rating agregat 4.9 daripada lima bintang.

Menurut Google Play Store, aplikasi itu juga mengandungi iklan.

Pemajunya adalah Ilmiah Resources, yang nampaknya telah membangunkan satu aplikasi lain, yang dipanggil "Majlis Ilmu Pulau Pinang".

Rang undang-undang Hadi itu bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi mahkamah syariah kepada denda maksimum RM100,000, hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 100 sebatan, berbanding dengan hukuman sekarang, iaitu denda maksimum RM5,000, tiga tahun penjara maksimum dan enam sebatan.

Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan apabila Dewan Rakyat bersidang pada bulan depan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS