Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Bekas pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohd Zin, tidak terlibat dalam kemelut perebutan harta isterinya, Datin Noor Haslina Abdullah.

Adik bongsu Noor Haslina, Nor Maiza Abdullah, beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat aduan kepada SPRM berhubung serbuah ke atas rumah kakak iparnya, Noraihan Che Ali.

"Saya yang membuat laporan kepada SPRM di Kelantan, bukan Noor Haslina," kata Nor Maiza pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Noraihan berkahwin dengan abang sulung Noor Haslina dan Nor Maiza, Muhamad Zamly Abdullah. Beliau adalah pemilik Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist) dan meninggal dunia pada September 2015.

Pada 20 Januari lalu Noraihan mendakwa Bahri menyalahgunakan kuasa dan mengarahkan sepasukan penyiasat SPRM menyerbu rumahnya pada Januari 2016.

Bahri ketika itu mengetuai Bahagian Operasi Khas SPRM.

Noraihan yang juga pengarah Kist mendakwa sejumlah dokumen berkaitan kolej itu serta perniagan lain dirampas agensi antirasuah berkenaan.

Muhamad Zamly dilapor meninggalkan harta bernilai RM100 juta dan hutang kira-kira RM85 juta.

Ekoran itu, Noraihan mendakwa, berlaku pertikaian antara adik-beradiknya membabitkan harta pusaka dan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.

Tak campur tangan

Dakwaan ke atas Bahri itu dibuat beberapa minggu selepas pegawai kanan SPRM terbabit memilih bersara awal ekoran rasa kecewa dengan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Beliau bersara Disember tahun lalu, dua tahun lebih awal berbanding tempoh bersara wajib 60 tahun untuk kakitangan kerajaan. 

SRC menjadi tumpuan selepas sejumlah wang bernilai RM42 juta ditemui berada dalam akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Najib mendakwa beliau tidak tahu menahu wang berkenaan datang dari kantung SRC, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan perdana menteri tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung perkara itu.

Bahri sebelum ini membuat laporan polis mengenai Noraihan selepas birasnya itu menuduh beliau membuat aduan palsu ke atasnya.

Dalam laporan itu, siasatan ke atas Noraihan dibuat hasil tandatangan Zamly didakwa dipalsukan dalam urusah membabitkan harta bernilai RM4 juta.

Nor Maiza sebagai waris Zamly mendakwa dia adalah orang yang membuat laporan berkaitan pemalsuan tandatangan berkenaan.

"Bahri langsung tak campur tangan. Saya adalah orang yang membuat laporan dan saya juga yang diambil kenyataan (oleh SPRM)," katanya.

Menurut Nor Maiza, sebulan selepas kematian Zamly, dia membuat semakan ke atas sebuah harta tanah milik abangnya itu di Kelantan.

Katanya, nama pada geran berkenaan masih tertera nama abangnya.

Bagaimanapun beberapa minggu kemudian Nor Maiza pergi membuat semakan sekali lagi dan harta tanah berkenaan didakwa sudah berpindah milik.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS