Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Letak jawatan kabinet, bukan gesa singkir ahli majlis PAS'
Diterbitkan:  Mar 12, 2017 2:51 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

MCA Selangor perlu menggesa pemimpin mereka meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet jika usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355diberi keutamaan pada persidangan Dewan Rakyat, kata Penolong Bendahari DAP Selangor, Lau Weng San.

Lau berkata adalah lebih baik MCA menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan PAS itu berbanding menggesa DAP menyingkirkan 67 ahli majlis kerajaan tempatan di Selangor yang merupakan anggota PAS.

"Ironinya, MCA Selangor sekarang mendakwa DAP Selangor berkuasa dan berpengaruh, kita boleh tentukan kedudukan ahli majlis di Selangor, walaupun mereka menuduh kami boneka yang tidak berkuasa pada masa lalu," kata Lau dalam kenyataan hari ini.

Walaupun semua ahli majlis dari PAS disingkirkan, ia tidak akan memberi kesan kepada usaha menghalang rang undang-undang ahli persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta 355, kata Lau.

"Sebenarnya, PAS Selangor hanya mempunyai seorang ahli parlimen di Dewan Rakyat selepas tiga anggota parlimen yang dipilih dalam pilihan raya 2013 kini tidak lagi dalam PAS," kata ADUN Kampung Tunku itu.

Selepas perpecahan Pakatan Rakyat pada 2015, anggota parlimen Kota Raja, Shah Alam dan Sepang menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), sementara anggota parlimen Hulu Langat kekal bersama PAS.

"Pendek kata, tanpa sokongan dari BN dan UMNO, usul rang undang-undang persendirian oleh Abdul Hadi itu tidak akan diberi keutamaan kerajaan," katanya menjawab kenyataan MCA Selangor pada 6 Mac lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS