Tiada desakan singkir exco, PAS dijangka kekal di Selangor

       

Semua mata kini tertumpu pada mesyuarat biro politik PKR yang akan diadakan esok, dengan nasib tiga exco PAS di Selangor akan diketahui selepas beberapa pihak menuntut penyingkiran mereka.

Bagaimanapun, demi kestabilan di Selangor, PKR dijangka tidak akan mendesak supaya tiga exco berkenaan disingkirkan.

Menurut seorang ahli biro politik PKR, PAS dijangka kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.

Tiga exco tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sumber itu juga menegaskan bahawa pertimbangan utama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali adalah menjaga kestabilan kerajaan negeri yang dipimpin PKR.

"Dah terlalu dekat dengan pilihan raya umum. Saya boleh faham kedudukan Azmin untuk kekalkan kerajaan bagi mengelakkan sebarang ketidakpastian yang membawa kepada sesuatu yang mungkin kita tak dapat kawal.

"Ia bukan sahaja soal majoriti, ia juga merupakan persoalan kepastian dan kestabilan," katanya.

Sumber itu menambah, Pakatan Harapan masih mempunyai majoriti walaupun PAS dikeluarkan daripada kerajaan negeri.

"Dengan pilihan raya umum akan datang, ketidakpastian tidak akan membantu sesiapa sahaja. Jadi saya boleh memahami kedudukan Azmin bahawa beliau mahu mengekalkan kestabilan," katanya.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda