Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua eksekutif Perancis dituduh terbabit rasuah jualan Scorpene
Diterbitkan:  Jul 19, 2017 11:27 AM
Dikemaskini: Jul 20, 2017 8:54 AM

Dua bekas eksekutif kanan dituduh terpalit dengan dengan rasuah berhubung jualan dua kapal selam kelas Scorpene kepada Malaysia pada tahun 2002, menurut sumber.

Agence France-Presse (AFP) melaporkan hari ini bahawa kedua-dua mereka adalah Phillippe Japiot, bekas ketua unit kapal dermaga laut Perancis DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif firma pertahanan dan gergasi elektronik Perancis, Thales.

Adalah dilaporkan bahawa sumber juga memberitahu bahawa Japiot juga dituduh kerana "menyalah-guna aset sosial" dan Perrier untuk "terlibat dalam menyalah-guna aset sosial.

Siasatan itu dimulakan pada tahun 2010, selepas aduan difailkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Perancis pada bulan November 2009.

Siasatan adalah untuk menentukan sama ada bekas presiden kumpulan pertahanan Perancis, Thales International Asia, membayar sogokan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui bekas rakan karibnya, Abdul Razak Baginda, untuk kontrak membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Najib adalah menteri pertahanan ketika penjualan dua kapal selam itu yang dilakukan melalui usaha sama antara Thales dan rakan firma pertahanan DCN.

Razak Baginda, Najib dan bekas presiden Thales, Bernard Baiocco menafikan dakwaan itu.

Sepanjang tahun 2001 hingga 2007, Japiot mengetuai DCNI, cawangan antarabangsa operasi kapal laut Perancis, yang bulan lalu mengubah nama kepada Naval Group.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS