Terjemahan Sejumlah 89 saman trafik sejak enam tahun lalu, dengan jumlah denda sebanyak RM26,700. Orang berkenaan adalah Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor.

Maklumat tersebut terdapat di dalam lamanweb rilek.com.my , yang menyediakan perkhidmatan online untuk pengguna jalanraya menyemak dan membayar saman mereka.

Tunku Ibrahim, 48, dari keluarga yang dikenali umum sebagai penggemar kereta, melakukan kesalahan tersebut membabitkan 32 kereta yang berlainan, semuanya didaftar di bawah namanya.

Bagaimanapun, tidak pasti siapakah yang memandu kenderaan tersebut ketika kesalahan trafik itu dilakukan.

Kesalahan lalulintas itu termasuklah 60 saman kerana memandu melebihi had laju dan 24 saman kerana menganggu aliran lalulintas. Yang lainnya membabitkan kesalahan meletak dan memotong kenderaan.

Kesalahan tersebut, kebanyakannya dilakukan di Johor Johor Baru (42), Kota Tinggi (11), Batu Pahat (6), Muar (4) dan Kluang (1).

Kesalahan lainnya dilakukan di Kuala Lumpur; Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Gombak, Klang dan Sepang (Selangor); Seremban dan Rembau (Negri Sembilan); Jasin dan Alor Gajah (Melaka), Temerloh dan Pekan (Pahang), Manjung dan Tapah (Perak); Alor Star dan Jitra (Kedah).

Semakan di lamanweb Rilek menunjukkan saman-saman tersebut dikeluarkan di bawah nama 'DYAM (Duli Yang Amat Mulia) Tunku Ibrahim Ismail'.

Enam digit pertama kad pengenalan dalam lamanweb tersebut '221158' adalah sama dengan tarikh lahir Tunku Ibrahim 22 November 1958.

Bagaimanapun, Tunku Ibrahim tidak perlu membayar jumlah penuh kompaun sebanyak RM26,700. Dengan diskaun yang ditawarkan oleh pihak polis, jumlah yang perlu dibayar tinggal hanya RM9,540 selepas diberi diskaun sebanyak RM17,160.

PM pun kena saman

Tunku Ibrahim ataupun mereka yang menggunakan kenderaan yang didaftar di bawah namanya bukanlah orang kenamaan pertama yang dikenakan saman kerana memandu melebihi had laju.

Awal bulan ini, malaysiakini melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dikenakan 11 saman kerana memandu melebihi had laju, menggangu aliran lalulintas dan kesalahan meletak kenderaan.

Pada mulanya jumlah denda terhadap Abdullah ialah RM3,300, tetapi dikurangkan kepada RM1,000 selepas diberi diskaun oleh pihak polis.

Awal bulan ini, pihak polis telah melancarkan 'Ops Warta IV' sehingga 5 Ogos depan untuk mengesan pengguna jalanraya yang gagal menjelaskan denda saman bagi kesalahan lalintas. Berita asal