Khairy ketuai demonstrasi anti-Israel
Lebih 1,000 orang menyertai demonstrasi membantah serangan Israel ke atas Lebanon dan Palestin anjuran Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur semalam.
Lebih 1,000 orang menyertai demonstrasi membantah serangan Israel ke atas Lebanon dan Palestin anjuran Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur semalam.
Tunjuk perasaan secara aman itu diketuai Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Beliau mengetuai perarakan dari KLCC ke pejabat kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak sebelum bergerak ke pejabat kedutaan Perancis dan Britain di Jalan Ampang.
Khairy menyerahkan nota bantahan tersebut kepada seorang pegawai kedutaan Amerika Syarikat.
Para penunjuk perasaan membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel selain melaung-laungkan perkataan `Bush Pembunuh' dan 'Bebaskan Palestin.' Mereka juga membawa kain rentang dan poster yang membantah keganasan Israel terhadap Palestin dan Lebanon.
Khairy dalam ucapan ringkasnya di hadapan pejabat keduataan Amerika Syarikat menegaskan, rakyat Malaysia mendesak pentadbiran Presiden Bush mengarahkan Israel menghentikan serta merta serangan ke atas umat Islam di Palestin dan Lebanon.
"Selagi Palestin tidak dibebaskan rakyat Malaysia akan terus membantah sebarang serangan terhadap negara Islam itu," katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat.
Anggota tetap PBB
Selain anggota Pemuda Umno, Pemuda MCA, MIC, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) turut menyertai bantahan tersebut.
Selepas berkumpul kira-kira 30 minit di luar kedutaan Amerika Syarikat, para penunjuk perasaan mara ke empat lagi kedutaan anggota tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Perancis dan Britain.
Di hadapan keduataan Britain, exco Pemuda Umno, Datuk Firdaus Ismail dalam ucapan ringkasnya telah mengecam pembabitan dan sokongan Britain kepada kezaliman Israel di Palestin dan Lebanon.
Para penunjuk perasaan kemudiannya mengadakan perhimpunan di perkarangan Kedutaan Perancis yang terletak bersebelahan Kedutaan Britian.
Bagaimanapun, hujan lebat menyebabkan mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk berarak ke Kedutaan Russia dan Kedutaan China.
Beratus anggota polis termasuk dari Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat orang ramai yang berhimpun di kawasan kedutaan negara terbabit.
Polis juga menggunakan helikopter untuk memantau pergerakan orang ramai yang mengadakan perhimpunan hari ini.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.