Kes blogger Ahiruddin-NSTP ditangguh ke April depan
Permohonan blogger Ahirudin Attan untuk membatalkan saman New Straits Times Press (NSTP) dan empat pihak lagi, telah ditangguhkan kepada 2 April depan.
Permohonan blogger Ahirudin Attan untuk membatalkan saman New Straits Times Press (NSTP) dan empat pihak lagi, telah ditangguhkan kepada 2 April depan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Hishamuddin Yunus membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar permohonan peguam Ahiruddin Edmund Bon dan Malik Imtiaz Sarwar untuk menangguhkannya.
Ahirudin disaman oleh NSTP, Timbalan Pengerusinya, Datuk Kalimullah Hassan; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar; Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Hishamudin Aun serta bekas Pengarang Kumpulannya, Brendan Pereira.
Mereka telah membuat permohonan kepada mahkamah supaya mengarahkan Ahirudin membuang 48 tulisan dalam blognya Rocky's Bru yang didakwa memfitnah mereka.
Pindaan dibuat
Ekoran permohonan Ahiruddin untuk membatalkan saman tersebut atas alasan sebab-sebab yang diberikan oleh pihak plantif adalah tidak jelas dan tidak khususnya, maka pindaan terhadap tuntutan tersebut telah dipinda.
Bon berkata, pihaknya perlu meneliti pindaan tersebut secara teliti sebelum memutuskan langkah yang akan diambil seterusnya.
Beliau merujuk kepada sama ada Ahirudin akan meneruskan permohonannya untuk membatalkan saman tersebut atau mencabar injunksi sebelah pihak itu.
Sementara itu, Ahirudin menafikan yang artikelnya dalam 'Rocky Bru' blog bersifat anti-kerajaan.
Sebaliknya, kata beliau kepada AFP, artikel tersebut hanya bersifat kritikal terhadap kerajaan.
Seorang lagi blogger, Jeff Ooi, pengendali blog Screenshots, juga turut disaman oleh NSTP, Kalimullah, Hishamuddin dan Pereira.
Permohonannya untuk membatalkan saman tersebut akan didengar pada 6 Mac depan. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.