Pemaju tarik balik laporan polis terhadap bekas Adun
Muda Mohd Noor
Nov 12, 07
5:09pm
Seorang pemaju perumahan telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap bekas Ahli Dewan Undangan (Adun) Sungai Rambai, Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani bagi menuntut balik wang RM130,000.

Pemaju tersebut Lui Tong Lam mendakwa perkara itu selesai selepas anak Abdul Aziz berjanji untuk membayar wang tersebut kepadanya.

Lui bagaimanapun enggan membutir butir-butir mengenai diri anak Abdul Aziz itu.

Sebelum ini, Lui mendakwa wang tersebut disumbangnya kepada tabung Umno Jasin dan Melaka ekoran permohonannya untuk mendapatkan sebidang tanah dalam kawasan Majlis Daerah Jasin (MDJ).

Permohonan untuk memajukan kawasan seluas 30.71 ekar di mukim Merlimau itu untuk tujuan perumahan, telah diluluskan oleh MDJ April 2003

Bagaimanapun, pada awal tahun 2005, kerajaan negeri telah membatalkan kelulusan tersebut ekoran berlaku bencana tsunami pada hujung 2004.

Ini ekoran keputusan kerajaan pusat untuk mengekalkan kawasan paya bakau sebagai zon penampan bagi menghadapi kemungkinan bencana yang sama berulang.

"Kami telah mencapai persetujuan bahawa kes ini telah selesai dan anak Abdul Aziz berjanji untuk membayar semula wang tersebut," kata Lui ketika dihubungi malaysiakini hari ini.

Aziz tidak tahu

Lui berkata, beliau telah pergi ke balai polis Sungai Rambai, Jasin untuk menarik balik laporan tersebut kira-kira jam 3 petang tadi.

Sehubungan itu, beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang memandang serong terhadap beliau.

"Ada pihak yang tidak senang apabila saya membuat laporan polis terhadap Umno," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perjanjian antara anaknya dan Lui untuk membayar semula wang tersebut.

"Mengapa kita mesti membayar semula wang tersebut kerana ia merupakan sumbangan kepada Umno Jasin dan Umno Melaka," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jasin, yan gjuga timbalan ketua Umno bahagian berkenaan, Datuk Mohd Said Yusof ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

"Tetapi saya mendengar bahawa cerita ini sudah tersebar di Jasin dan kawasan sekitarnya," katanya.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat menghubungi Ketua Umno Jasin, Datuk Ahmad Hamzah bagi mendapatkan komen berhubung perkara tersebut.





Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner