Pesakit kencing manis (diabetes) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung berbanding dengan orang lain. Menurut kajian, penyakit jantung telah menjadi punca utama kematian di kalangan rakyat Malaysia sejak lima dekad yang lalu. Faktor-faktor risiko penyakit jantung yang boleh diubah adalah berkaitan dengan gaya hidup yang kurang sihat, dan paras gula dalam darah yang tinggi atau diabetes merupakan faktor utama tersebut.
Selain itu, bagi individu yang menghidapi diabetes, mereka adalah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung dan strok.
• Individu dengan diabetes mempunyai risiko dua kali ganda bagi menghidap penyakit jantung berbanding dengan individu biasa.
• Orang dengan diabetes bercenderung untuk mendapat penyakit jantung pada usia yang lebih muda daripada orang tanpa diabetes.
• Dua daripada tiga individu yang menghidap diabetes mati akibat sama ada penyakit jantung atau strok.
Punca utama diabetes adalah kegagalan dalam keupayaan penghasilan insulin – sejenis hormon yang diperlukan untuk menukarkan gula darah atau glukosa kepada tenaga. Jika kelenjar pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin, paras gula dalam darah akan menjadi terlalu tinggi sekaligus boleh membawa kepada masalah kesihatan kronik yang serius.
Pada tahun 2011 , Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan 15 peratus daripada 2.6 juta penduduk rakyat Malaysia menghidapi diabetes dan pihak berkuasa percaya angka realistik tersebut mungkin adalah dua kali ganda. Ini adalah kerana, bagi setiap individu yang didiagnosis dengan diabetes, satu masih belum lagi dapat didiagnosis.
Hubungan Diabetes & Pengambilan Serat Makanan
Oat, terutamanya bran oat, mempunyai serat larut air yang tinggi, serat ini dikenali sebagai beta -glukan . Manfaat kesihatan beta -glukan telah dikaji secara meluas dan antara manfaat yang terkenal adalah membantu menurunkan paras kolesterol dengan itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Bagi pesakit diabetes, pakar kesihatan menggalakan pesakit untuk menggabungkan beta-glukan daripada oat dalam diet mereka. Ini adalah kerana dalam kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard ke atas profesional kesihatan lelaki dan jururawat wanita, didapati bahawa diet yang tinggi dalam serat bijirin telah dikaitkan dengan risiko diebetes yang lebih rendah.
Malah, dalam kajian tersebut, terbukti bahawa diet rendah dalam serat bijirin dan kaya dengan makanan yang tinggi dalam glisemik indeks (yang menyebabkan pancang besar dalam paras gula darah) akan meningkatkan risiko diabetes jenis kedua sebanyak dua kali ganda 1 .
Pengurusan Diabetes dengan Oat Beta-Glukan
Agensi Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) telah membuat kesimpulan bahawa pengambilan oat beta-glukan dapat menyumbang kepada pengurangan kenaikan paras glukosa selepas makan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) juga meluluskan tuntutan kesihatan: "serat larut oat (beta-glukan) membantu dalam merendahkan peningkatan paras glukosa dalam darah, dengan syarat ia tidak dimakan bersama dengan makanan lain."
Mekanisme oat beta-glukan untuk membantu dalam pengurusan diabetes termasuk:
(1) Beta-glukan daripada oat melambatkan peningkatan paras gula dalam darah selepas makan dengan melambatkan kadar pengosongan perut. Apabila beta-glukan daripada oat dicerna dalam badan kita, ia akan membentuk gel yang menjadikan kandungan perut dan usus kecil lebih likat. Melalui proses ini, jangka masa bagi penghadaman dan pengambilan karbohidrat ke dalam aliran darah akan menjadi lebih panjang.
(2) Tindak balas glisemik yang positif yang dihasilkan ketika pengambilan beta-glukan daripada oat telah terbukti meningkatkan sensitiviti insulin, yang dapat mencegah penyakit diabetes jenis kedua.
Pengambilan oat beta-glukan sebanyak 3-5g harian telah terbukti membantu mengawal gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL kolesterol) dengan berkesan.
Kajian menunjukkan bahawa 80 peratus daripada penyakit jantung boleh dicegah. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan menggabungkan makanan berfungsi seperti Biogrow Oat BG22™ ke dalam diet anda mulai hari ini. Biogrow Oat BG22™ adalah diperbuat daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden. Ambil 2 sudu (lebih kurang 18g) sehari, ia membekalkan lebih daripada 3g beta-glukan daripada oat untuk membantu mengurangkan kolesterol dengan lebih berkesan.
Kini, Biogrow Oat BG22™ boleh didapati dalam pek mudah yang mengandungi 30 paket (9g/paket) dan ini menjadikannya lebih mudah untuk orang yang sibuk untuk mendapatkan jumlah pengambilan beta-glukan daripada oat yang disyorkan iaitu 3g sehari bagi membantu mengurangkan paras kolesterol. Dengan mengambil 2 paket (lebih kurang 18g) sehari dengan air sejuk atau air suam untuk membantu mengurangkan kolesterol dengan cara yang semula jadi.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh Legosan (M ) Sdn. Bhd. Untuk maklumat produk yang lebih lanjut, sila hubungi 03-7956 2220 atau e-mel pertanyaan anda kepada [email protected] .
