Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Majlis tandatangan memorandum persefahaman antara Kementerian Perpaduan Negara dengan Universiti Kebangsaan Malaysia
Diterbitkan:  Jul 23, 2020 8:38 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Bangi, 23 Julai 2020 - Kementerian Perpaduan Negara hari ini telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menjalin kerjasama melalui Institut Kajian Etnik (KITA) di dalam memperkasa usaha Kerajaan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Kementerian telah diwakili oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Md Radzi, manakala pihak UKM diwakili oleh Naib Canselor, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor. Majlis menandatangani ini telah disaksikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.

Melalui usahasama ini, Kementerian dan UKM akan bekerjasama dalam bidang sains kemasyarakatan termasuk kajian Indeks Perpaduan Nasional kali kedua (IPNas 2.0), penambahbaikan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN), pelaksanaan Pendidikan Rukun Negara, dan pemerkasaan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).

Kerjasama strategik ini merupakan inisiatif Kementerian untuk meningkatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum di Malaysia di samping merealisasikan Pendidikan Rukun Negara sebagai agenda teras negara, sepertimana yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri sempena Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara pada 9 Julai 2020.

Menurut YB Menteri Perpaduan Negara, hasil kerjasama antara KPN dan UKM diharap akan dapat merealisasikan harapan dan hasrat Kerajaan dalam mengukuhkan kesepaduan sosial dan integrasi nasional melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN). 

Seterusnya, Kementerian akan bekerjasama dengan KITA, UKM untuk menggerakkan sesi pendengaran awam PTPN di seluruh negara bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos 2020.

Pelantikan YBhg. Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin FASc, Pengarah Pengasas KITA, UKM, sebagai “Penasihat Perpaduan kepada Kementerian Perpaduan Negara,” akan memperkukuh lagi kerjasama Kementerian dan UKM untuk sekarang dan masa depan. 

PTPN dilihat sebagai pemangkin utama yang perlu diberi perhatian bagi memastikan agenda perpaduan nasional dapat diterapkan secara menyeluruh dan sekaligus diharap dapat membendung polarisasi kaum di negara ini. 

Lihat Komen
ADS