Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
McDonald’s bangunkan kerjaya belia Malaysia
Diterbitkan:  Sep 15, 2020 4:35 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

“Jika kamu mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini” – ungkapan daripada Saidina Ali R.A. ini cukup jelas menggambarkan kepentingan belia dalam jatuh bangunnya sesebuah negara. Setelah 63 tahun Malaysia menghela nafas kemerdekaan, belia masa kini perlu mempunyai anjakan paradigma selaras dengan kemajuan yang dikecapi. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi membolehkan belia memperkasakan diri demi meneruskan kegemilangan nusa dan bangsa.

McDonald’s Malaysia amat menyedari hakikat tersebut dan komited melaksanakan inisiatif pembangunan bakat khususnya untuk golongan belia. Bahkan, reputasi kukuh syarikat korporat gergasi ini terletak kepada dedikasi 14,000 bakat tempatan yang telah diasah dengan penuh konsisten, di 300 restorannya di seluruh negara. Bukan itu sahaja, syarikat khidmat segera ini turut komited menarik 10,000 lagi bakat tempatan, melalui pembukaan 450 restoran menjelang 2025. Bahkan, walaupun negara kini melalui tempoh sukar disebabkan pandemik yang melanda, McDonald’s terus membuka restoran-restoran baharu bagi membolehkan rakyat Malaysia terutama golongan belia mengisi kekosongan jawatan yang ada.

Majlis Konvokesyen kali pertama Program Perantis Vokasional McDonald’s di Akademi Vokasional McDonald’s 

Program vokasional untuk belia

Sejak tahun 2018, McDonald’s Malaysia giat memperkenalkan Program Perantis Vokasional McDonald’s untuk golongan belia di Malaysia. Dalam hal ini, McDonald’s Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mewujudkan modul pembelajaran berlandaskan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Program ini mengambil masa 18 bulan, dan melibatkan 70% latihan praktikal dan 30% pembelajaran teori dalam bidang perkhidmatan makanan. Sebaik sahaja tamat program, pelajar dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Bahkan, sambutan menggalakkan dan pembelajaran berkualiti yang diberikan membolehkan program yang diperkenalkan mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV), untuk diperluaskan lagi ke peringkat menengah, melibatkan pelajar di kolej-kolej vokasional.

Sehingga kini, program vokasional yang ditawarkan McDonald’s Malaysia telah disertai lebih 1,200 belia lepasan Sijil Penilaian Menengah (SPM) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3), dimana syarikat khidmat segera terkemuka ini berhasrat mencapai sasaran 3,000 belia menjelang penghujung tahun ini.

Bagi menarik lebih ramai belia dan memberikan lebih banyak pilihan bidang, McDonald’s kini dalam usaha memperkenalkan Program Perantis Vokasional McDonald’s untuk belia yang berminat menjadi barista dan juruteknik. Bukan itu sahaja, McDonald’s kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Sumber Manusia untuk membangunkan modul pembelajaran untuk SKM Tahap 4 yang setara dengan pendidikan di peringkat Diploma. Dengan perkembangan positif ini, pelajar yang tamat Program Perantis Vokasional McDonald’s mempunyai pilihan sama ada memulakan kerjaya di McDonald’s, atau terus menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

Dari segi peluang kerjaya di McDonald’s, 95% peratus graduan yang tamat program terus ditawarkan jawatan sebagai Pelatih Kru (Crew Trainer) dengan pendapatan permulaan pokok sebanyak RM1,500, selain pelbagai elaun dan bonus prestasi pada setiap penggal. Prestasi dan perjalanan kerjaya mereka dipantau dengan teliti bagi membolehkan mereka dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus (Assistant Manager) dalam tempoh satu tahun dan seterusnya mempunyai peluang memegang jawatan di peringkat pengurusan kanan syarikat.

En Azhar Darbi Naib Presiden Sumber Manusia McDonald's Malaysia

Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia, McDonald’s Malaysia berkata, “McDonald’s mengutamakan belia yang bersikap positif dan bersemangat untuk memajukan diri. Walaupun tiada kemahiran dan pengetahuan pada asalnya, keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh boleh membuka jalan untuk mereka menjadi lebih baik. Di McDonald’s, kita tidak mensyarat kelayakan akademik formal seseorang untuk meningkat naik dalam karier. Pada kami, kesungguhan memantapkan kemahiran dan pengetahuan dalam pekerjaaan dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, adalah kunci utama kepada kejayaan McDonald’s hari ini.”

“Kita juga memahami ada belia yang tidak dapat menyambung pengajian disebabkan pelbagai masalah termasuklah kewangan. Sebab itulah kami menanggung sepenuhnya kos pembelajaran bagi membantu mereka yang memerlukan. Sekurang-kurangnya belia ini tidak ketinggalan dalam mendapat akses terhadap pendidikan berkualiti, seterusnya memantapkan kemahiran diri dan kebolehpasaran mereka.”

Apa yang lebih menarik, pelajar-pelajar ini tidak terikat dengan sebarang perjanjian bersama McDonald’s Malaysia dan mereka bebas membuat pilihan hala tuju selepas tamat program. “Kita tidak mensyaratkan pelajar untuk bekerja dengan McDonald’s selepas tamat program, memandangkan ada juga antara mereka yang ingin menguruskan perniagaan keluarga atau memulakan perniagaan sendiri. Apa yang McDonald’s lakukan melalui program ini adalah demi kepentingan industri dan negara.”

McDonald’s Malaysia juga bekerjasama dengan pelbagai pihak kerajaan pusat dan negeri, agensi-agensi kerajaan, swasta dan sekolah untuk menarik anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan untuk menyertai program ini. Antara pihak yang terlibat termasuklah Pusat Zakat negeri-negeri melalui Unit Pembangunan Asnaf, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Khas (BPK) dan Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV).

Kerjasama dengan BPK membuka peluang kepada belia kelainan upaya (OKU) atau berkeperluan khas, manakala BPLTV pula membantu belia lepasan PT3 yang berpotensi tinggi dan cenderung kepada pembelajaran kemahiran untuk turut serta dalam program ini.

“Program ini membolehkan belia mempelajari amalan terbaik bertahap global dalam bidang perkhidmatan makanan, yang menjadi rahsia kejayaan bagi reputasi kukuh McDonald’s selama ini. Program ini juga bukan sekadar melahirkan belia yang berkemahiran tinggi, malah individu holistik yang mempunyai peribadi yang baik, berkepimpinan dan bercita-cita tinggi,” tambah Azhar.

McDonald’s ubah diri

Menurut Noor Fazriza Fazlin Abdul Rahim, 20, yang merupakan penerima Anugerah Graduan Cemerlang program ini, “Saya gembira dinaikkan pangkat menjadi Ketua Kru (Crew Leader) hanya dalam tempoh 3 bulan selepas tamat program. Program ini banyak mengubah diri saya, disebabkan tuntutan tugas, daripada seorang yang pemalu, saya lebih yakin untuk bercakap di hadapan ramai atau mereka yang tidak dikenali.”

Fazriza bersama ibu dan abang ketika majlis konvokesyen yang telah diadakan

Sebagai anak bongsu daripada tujuh adik-beradik, Fazriza mempunyai abang dan kakak yang turut bekerja di McDonald’s. “Saya tertarik menyertai program ini disebabkan tajaan penuh yang diberikan. Abang dan kakak banyak bantu keluarga melalui pendapatan di McDonald’s. Saya nak buat perkara yang sama. Dengan elaun sara hidup yang diterima, saya boleh menyimpan dan tidak perlu lagi menyusahkan ibu bapa atau adik-beradik lain. Tambahan pula, segala keperluan memang sudah disediakan. Saya cuma perlu belajar sahaja.”

Menurut Fazriza, dengan simpanan sepanjang belajar dan pendapatan yang dikumpul, beliau mampu membeli sebuah kereta dan membawa keluarga bercuti. “Kenaikan pangkat di McDonald’s sangat cepat, asalkan kita bersikap positif, bersungguh-sungguh dan sentiasa bersedia untuk belajar. Saya gembira mempunyai pasukan yang sangat prihatin dan tidak lokek berkongsi ilmu. Saya puas dengan apa yang saya capai hari ini dan paling penting, keluarga pun gembira.”

Harapan ibu

Malah, ibu Fazriza, Noor Hashimah Salehudin, 59, yang merupakan seorang suri rumah berkata, “Sejak menyertai program ini, saya sebenarnya tak sangka Fazriza boleh menjadi seorang yang sangat berdikari. Dia sangat manja dengan saya, memang kami jarang berpisah. Tempat kerja dia sebelum ini pun dekat dengan rumah dan saya tak risau. Tapi, saya ikutkan juga kehendak dia nak belajar di McDonald’s yang jaraknya agak jauh dari rumah.”

“Saya nampak dia lebih gembira selepas sambung belajar. Kalau dulu, Fazriza sangat pendiam, tapi sekarang dengan sesiapapun día banyak mulut. Saya juga nampak dia sudah pandai berkawan, lebih bijak urus diri dan buat keputusan. Saya bangga lihat perubahan diri dia.”

“Bila dia dapat Anugerah Graduan Cemerlang, lagilah saya rasa bangga. Program yang McDonald’s tawarkan beri banyak kebaikan. Sebelum habis program, kita sudah tahu hala tuju kita. Saya harap Fazriza dapat terus kembangkan kerjaya di McDonald’s dan pegang jawatan tertinggi dalam syarikat suatu hari nanti.”

Sebelum mengakhiri temubual, Azhar menyampaikan pesanannya kepada belia dan ibu bapa di luar sana agar tidak menganggap program vokasional sebagai pilihan terakhir. Program yang ditawarkan oleh McDonald’s Malaysia adalah satu alternatif yang sangat baik dan bermanfaat.

Kepada belia lepasan PT3 dan SPM yang berminat menyertai program vokasional yang disediakan oleh McDonald’s Malaysia, layari www.maukerja.my/mcd/ untuk maklumat lanjut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS