Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Air Selangor berjaya turunkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) bagi tahun 2020 ke 28.6%, melebihi sasaran
Diterbitkan:  Jan 28, 2021 12:55 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Air bersih tidak ternilai. Air Selangor bertekad untuk terus menurunkan kadar Air Tidak Berhasil, atau Non-Revenue Water (NRW), untuk memastikan air terawat yang tidak ternilai ini dapat disalurkan kepada 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tanpa pembaziran. Ia berazam untuk menurunkan kadar NRW ke tahap 25% menjelang tahun 2025, dan seterusnnya ke tahap 15% menjelang tahun 2049.

Saban tahun, Air Selangor telah berjaya menurunkan kadar NRW secara konsisten melalui perancangan strategik dan pelaksanaan beberapa inisiatif, khususnya inisiatif dalaman (in-house).

Pada tahun 2020, Air Selangor telah berjaya menurunkan kadar purata NRW kepada 28.6% berbanding kadar purata 29.7% pada tahun 2019. Pencapaian ini melebihi sasaran 29.2% yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Air Selangor berjaya mencapai penurunan kadar NRW ini sungguhpun berdepan dengan pelbagai cabaran, khususnya kerja-kerja implementasi ditapak (on-site) berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah sedikit sebanyak mempengaruhi kemajuan kerja yang dirancang.

Anda mungkin fikir 1.1% itu bukanlah kadar yang tinggi sangat. Tetapi sebenarnya, penurunan sebanyak 1.1% ini bermakna kehilangan air terawat di dalam sistem pengagihan Air Selangor telah dikurangkan sebanyak 43 juta liter sehari. Bayangkanlah: 43 juta botol air bersaiz 1 liter diselamatkan dari pembaziran setiap hari!

Apakah Air Tidak Berhasil atau NRW?

NRW adalah air terawat yang ‘hilang’ dalam perjalanan semasa disalurkan kepada pengguna. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kehilangan air terawat ini termasuk:

• Air yang mengalir keluar apabila berlaku insiden paip air pecah atau bocor

• Meter air yang tidak berfungsi dengan baik kerana rosak, tersekat atau telah dimanipulasi

• Kecurian air atau sambungan ‘haram’, iaitu sambungan paip air tanpa melalui meter air berdaftar operator air.

Kehilangan air bersih akibat punca-punca ini merupakan satu kerugian bagi kita semua, kerana air terawat hilang sia-sia tanpa digunakan.

Inisiatif yang telah diambil untuk menurunkan kadar NRW

Bagi tahun 2020, Air Selangor telah membelanjakan sebanyak RM255 juta untuk mengurangkan kadar NRW melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif, termasuk:

1- Pasukan Pakar Kebocoran (Leak Specialist, LS) dan Pemeriksa Kebocoran (Leak Inspector, LI) Air Selangor berjaya mengesan lebih daripada 90 ribu kes paip bocor di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia kini mempunyai seramai 54 orang petugas LS dan 133 orang petugas LI.

2- Pelaksanaan Program Pengesanan Kebocoran Secara Aktif (Active Leakage Control), Program Pembentukan Zon Pemeteran Daerah (District Meter Zone), dan Program Penggantian Paip Lama. Pelaksanaan program-program ini yang telah mengurangkan insiden paip pecah sebanyak 51%, dari 5,398 kes pada tahun 2017 kepada 2,620 kes pada tahun 2020. Hasilnya, Air Selangor merekodkan Indeks Paip Pecah (Pipe Burst Index, PBI) yang agak baik, iaitu 8 kes paip pecah bagi setiap 100 km setahun berbanding 13 kes mengikut penanda aras PBI antarabangsa.

3- Air Selangor juga telah memasang sebanyak 1,650 sensor ‘pressure transient ’ pada paip-paip utama untuk mengesan kebocoran pada peringkat awal supaya tindakan pembaikan boleh dilaksanakan dengan segera. Pada masa yang sama, sensor ini dapat mengelakkan insiden kepecahan paip utama yang boleh menyebabkan bekalan air kepada pengguna terganggu. Teknologi ini turut digunakan oleh operator-operator air di negara-negara maju seperti Singapura, Australia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

4- Penggunaan Alat Pengesan Kebocoran Kekal (Permanent Leak Noise Correlating Logger) yang berupaya mengesan kebocoran dalam sistem paip retikulasi setiap masa, iaitu 24 jam sehari. Dengan sistem pemantauan secara atas talian (online) ini, kebocoran paip boleh dikesan dan dibaiki dengan segera. Sehingga akhir tahun 2020, sebanyak 1,640 alat pengesan kebocoran kekal telah dipasang di 36 Zon Permeteran Daerah.

Apakah sasaran tahun 2021?

Air Selangor terus komited untuk mencapai penurunan NRW pada tahun ini dengan peruntukkan berjumlah RM293 juta – RM170 juta untuk Program Penggantian Paip Lama yang kritikal, dan RM16 juta untuk penukaran meter lama dan rosak.

Air Selangor juga amat berharap orang ramai dapat melaporkan dengan segera sekiranya nampak atau ketahui tentang insiden paip bocor/pecah, sambungan paip secara haram atau meter yang telah dimanipulasi menerusi Pusat Perhubungan di talian 15300, aplikasi Air Selangor, sosial media rasmi Air Selangor atau laman rasmi www.airselangor.com.

Lihat Komen
ADS