Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada 1 Syawal menandakan pengakhiran sebulan berpuasa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri berbeza mengikut negara, kaum, dan bangsa. Di Malaysia, terdapat banyak juadah yang lazat yang dihidangkan pada hari yang mulia ini seperti lemang, rendang, dan banyak lagi. Pelbagai kek dan kuih juga dihidangkan sebagai pencuci mulut.
Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk menentukan pencuci mulut untuk Hari Raya tahun ini, kami ada penyelesaiannya! Jom kita lihat beberapa resepi pencuci mulut beserta tips dari beberapa influencer terkenal yang anda boleh cuba di rumah dan nikmati bersama keluarga dan jiran tetangga. Selamat mencuba!
1. Kek Batik Pocky Strawberry & Chocolate
Ingin membuat kek batik dengan cara yang mudah? Jangan risau, anda boleh cuba resepi kek batik Pocky Strawberry & Chocolate dari Adriana Adnan. Resepi ini hanya memerlukan 4 bahan sahaja dan siap! Anda boleh juga guna perisa Pocky yang lain mengikut citarasa anda.
Cara:
-
Patahkan Pocky.
-
Cairkan mentega dan masukkan serbuk coklat sehingga cair. TIPS: Kacau mentega secara berterusan untuk elakkan ketulan
-
Masukkan Pocky dan gaul sehingga sebati.
-
Bekukan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
-
Sedia untuk dihidang!
2. Eggless Pocky Butter Cookies
Tidak sempurna Hari Raya tanpa biskut Raya, bukan? Resepi ini tidak menggunakan telur seperti resepi biskut biasa, dikongsi oleh Danish Harraz.
Cara:
-
Jangan adun secara berlebihan untuk mengelak biskut menjadi keras dan terlebih mengembang. Jangan guna pengadun elektrik. Cukup hanya guna senduk kayu atau whisk sahaja.
-
Bakar biskut dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 12-15 minit bergantung pada suhu ketuhar masing-masing.
-
Bila biskut sudah disalut dengan coklat, simpan dalam peti sejuk sekejap untuk keraskannya sedikit. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
3. Chocolate Pocky Chocolate Chip Cookie + Strawberry Pocky Chocolate Chip Cookie
Jika tidak berminat dengan biskut tanpa telur, anda boleh cuba resepi biskut dari Chef Ili Sulaiman. Beliau juga kongsikan beberapa petua untuk menghasilkan biskut yang enak dan sempurna.
Cara:
-
Masukkan mentega ke dalam pengadun dan pukul dengan kelajuan yang perlahan.
-
Tambahkan gula putih dan gula perang .
-
Pukul adunan menggunakan speed laju selama 2 minit.
-
Tambah esen vanila.
-
Pukul adunan menggunakan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan pudar warnanya. TIP: Langkah ini penting untuk memastikan biskut menjadi rangup
-
Pukul telur dan tambah ke dalam pengadun. Pukul adunan selama 1 minit.
-
Masukkan tepung gandum bersama soda penaik dan serbuk penaik. TIP: Pukul adunan dengan kelajuan perlahan selama 10 saat sehingga sebati
-
Masukkan cip coklat dan marshmallow.
-
Bahagikan adunan ke dalam dua bekas. Patahkan Pocky Chocolate dan Pocky Strawberry ke dalam saiz kecil. Masukkan ke dalam adunan berasingan.
-
Tambahkan pewarna merah ke dalam adunan Pocky Strawberry dan gaul kedua-dua adunan sehingga sebati. TIP: Masukkan adunan ke dalam peti sejuk supaya biskut menjadi gebu bila dibakar
-
Lapikkan loyang dengan kertas minyak dan bentukkan adunan menjadi bebola.
-
Bakar biskut di dalam ketuhar pada suhu 170℃ selama 8 minit.
-
Biarkan biskut sejuk sebelum hidang. TIP: Kalau bentuk biskut kurang cantik, boleh bentukkannya menggunakan sudu semasa masih panas
4. Pocky Dalgona Toffee
Dapoq Pdot terkenal dengan kepelbagaian resepi menarik yang beliau kongsikan di laman Instagramnya. Resepi ini sangat mudah tetapi anda perlu berhati-hati! Karamel akan naik dengan pantas jadi pastikan anda kacau secepat mungkin!
Cara:
-
Potong Pocky kecil-kecil. TIP: Potong Pocky yang bersalut sahaja dan makan yang selebihnya!
-
Cairkan gula putih untuk menjadi karamel. Kacau hingga sebati.
-
Masukkan baking soda dan kacau.
-
Letak campuran gula atas loyang yang dah dilapik baking paper.
-
Taburkan Pocky yang telah dipotong dan biarkan sejuk TIP: Taburkan Pocky sementara dalgona masih panas sebelum ia keras
-
Patah-patahkan dan sedia dihidang.
Tonton video yang dihasilkan oleh Malaysiakini ini di mana seorang ibu dan anaknya serta sepasang adik-beradik mencuba resepi Pocky untuk membuat kuih Raya kegemaran mereka.
Cubalah resepi-resepi Pocky hari ini!
