Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Sorakan ria ais krim! Raikan Hari Merdeka bersama Baskin-Robbins dengan diskaun istimewa sebanyak 31% selama 3 hari.
Diterbitkan:  Aug 24, 2021 7:59 PM
Dikemaskini: Aug 25, 2021 2:31 AM

Baskin-Robbins sering kali menawarkan kepada kita pelbagai promosi dan tawaran yang menjadikan pengalaman menikmati ais krim kegemaran semua lebih memuaskan. Promosi yang paling popular sudah pastilah yang tawaran istimewa pada setiap 31 haribulan; iaitu untuk bulan-bulan yang mempunyai 31 hari. Penggemar ais krim akan menanti dan beratur dengan sabar untuk mendapatkan tawaran yang penuh dengan kemanisan pelbagai perisa aiskrim pada hari-hari istimewa tersebut. Apa tidaknya apabila mereka dapat membeli semua jenis aiskrim Baskin-Robbins yang dibungkus mesra dengan diskaun sebanyak 31% kan?

Oleh kerana hari ke-31 bulan ini adalah Hari Kebangsaan yang istimewa bagi kita semua rakyat Malaysia, Baskin-Robbins akan menawarkan potongan harga 31% ini sehingga tiga hari! Hore! Promo potongan 31% B-R pada bulan ini akan berlangsung pada 29 hingga 31hb.

Dengan potongan 31%, anda boleh mendapatkan ais krim B-R Pain (350g) dengan harga hanya RM23.11 dan bukannya lagi RM33.50; satu Kuart (700g) dengan harga hanya RM41.05 dan bukannya lagi RM59.50; dan Setengah-Gelen (1,385g) dengan harga hanya RM76.93 dan bukannya lagi RM111.50.

Ais krim anda juga akan dibungkus dalam pembungkusan edisi terhad –di mana setiap cawan, bekas dan beg kertas semuanya mempunyai motif batik Peranakan yang direka khas penuh warna-warni dan diilhamkan daripada gaya batik Peranakan tradisional dan diberi sentuhan unik menggunakan ikon B-R. Psst, tahukah anda: Cawan / bungkusan edisi terhad Baskin-Robbins sering menjadi koleksi ramai peminat! Ya, mereka bukan hanya membuat koleksi sampel sudu kecil berwarna merah jambu B-R yang menarik itu sahaja.

Tandakan 29-31 Ogos di kalendar anda. Randang strategi anda sebaik mungkin – tentukan lokasi kedai, waktu buka, senarai pendekkan dan tentukan perisa yang akan anda dapatkan, dan lain-lain lagi. Dapatkan ais krim kegemaran anda dan bermacam-macam perisa lagi.

Oleh kerana pandemik Covid-19 banyak memberi tekanan kepada kita, apa yang boleh kita lakukan ialah untuk membuat beberapa pilihan yang dapat mengembirakan diri kita sendiri. Sudah pasti salah satu pilihan yang dapat mencetuskan kegembiraan ialah dengan menikmati ais krim. Manfaatkan promo hebat ini dengan meraikan dan menyebarkan rasa kecintaan dan kegembiraan kita dengan menghadiahkan pelbagai pakej aiskrim B-R kepada keluarga, rakan, dan jiran kita. Oh ya! Jangan lupa mengamalkan SOP ketika membuat pembelian ya.

Sementara kakitangan Baskin-Robbins yang mesra sedang membungkus pesanan pesanan ais krim, apa kata anda menikmati Ice Apam – aiskrim terkini Baskin-Robbins yang diilhamkan daripada juadah tempatan yang popular iaitu apam balik yang ditabur dengan serpihan kelapa bakar. Ice Apam tersedia dalam tiga pilihan - Ice Apam Junior (RM11.50), Ice Apam Biasa (RM15.50), dan Ice Apam Coklat (RM18.50).

Atau anda boleh sahaja mengimbau kenangan lama dengan Classic Trio dengan perisa coklat, vanila dan strawberi. Rasa ais krim kon dengan ketiga-tiga perisa sebegini memang tidak asing lagi dan yang pasti mengingatkan kepada kenangan zaman kanak-kanak. Yang paling manis mungkin ini: ia mengingatkan kita akan kasih sayang ibu bapa kita. Tidak kisahlah seberapa banyak masalah yang kita hadapi pada masa kecil dulu disamping selalu ditegur dan dirotan, namun apabila penjual aiskrim lalu di hadapan rumah sambil membunyikan honnya, ibu dan ayah masih akan membelikan kita aiskrim seperti ini dan semuanya dilupakan. Dapatkan Classic Trio dengan harga hanya RM9.50.

Anda tidak perlu menunggu hingga 29hb untuk menikmati Ice Apam dan Classic Trio. Ianya sudah tersedia di semua Baskin-Robbins di Malaysia. Tetapi ianya hanya akan ditawarkan sehingga Hari Malaysia, 16 September 2021, sahaja. Oleh itu, jangan berlengah lagi dan dapatkan segera salah satu tawaran edisi terhad ini sebelum kehabisan stok!

Sertailah Club 31 untuk merasai lebih kebahagiaan!

Sekiranya anda belum melakukannya, muat turun segera aplikasi mudah alih Baskin-Robbins Malaysia, yang terdapat di Apple App Store dan Google Play, dan sertai B-R's Club 31. Pelbagai tawaran eksklusif ahli menanti anda yang akan menjadikan nikmat makan ais krim anda lebih manis. .

Jangan sesekali kehilangan mata ganjaran untuk setiap pembelian di kedai Baskin-Robbins. Nikmati pengalaman menyeronokkan ketika membuka kupon tatkala anda meningkatkan tahap keahlian anda kepada Pink, Blue, dan Gold.

Muat turun sekarang untuk mendapatkan sudu ais krim percuma!

Hadiah yang anda akan nikmati dari aplikasi:

Ganjaran kesetiaan: Nikmati ganjaran luar biasa apabila anda memperolehi lebih banyak mata

Pesan dalam talian: Pesan secara dalam talian dan ambil pesanan anda di kedai terdekat anda (pengambilan boleh dilakukan dari seawal 30 minit hingga 3 hari kemudian!)

Tawaran tahunan: Terima set kupon baru yang diberikan setiap 1 Januari, mengikut tahap keahlian anda.

Buat seseorang bahagia: Kejutkan seseorang dengan mengirim hidangan aiskrim penuh rasa kebahagiaan atau kongsi kupon anda. Naik ke tahap keahlian lebih tinggi dengan menyebarkan lebih banyak cinta.

Hadiah hari jadi: Terima hadiah hari jadi pada hari lahir anda. Semakin tinggi tahap keahlian anda, semakin indah hadiah ulang tahun anda!

Hidangan bermusim: Daftar masuk secara berkala untuk mengakses pelbagai tawaran terhad hanya untuk anda!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi mudah alih Baskin-Robbins, klik di sini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS