Tahukah anda bahawa lelaki yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berkemungkinan mengalami mati pucuk? Apa yang lebih membimbangkan, adalah penyakit diabetes ini sering berlaku tanpa sebarang simptom.

Untuk golongan lelaki yang menghidap diabetes, mereka akan memiliki jumlah sperma yang rendah dan ini akan menyebabkan tingkat kesuburan juga rendah. Paras gula dalam darah yang tinggi dan tidak terkawal juga boleh menyebabkan komplikasi penyakit yang serius seperti penyakit koronari jantung, masalah penglihatan seperti glaukoma, dan katarak, penyakit buah pinggang kronik, saraf, gigi dan lain-lain.

Dengan perubahan gaya hidup, cara pemakanan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala, diabetes boleh dicegah. Adakah penyakit diabetes mempunyai jenis yang berbeza? Dan adakah lelaki yang menghidap penyakit diabetes akan mempengaruhi kesihatan anaknya?

Ketahui jawapan anda di episod keempat sesi LIVE PruBSN bertajuk ‘Kesihatan Lelaki: Diabetes & Mati Pucuk’ yang dibawakan khas kepada anda bersempena dengan ulang tahun ke-15 PruBSN! Daftar secara percuma di sini dan ikuti sesi Zoom eksklusif pada 25 November 2021, jam 9 malam bersama hos Deen yang akan menemu bual

1. Dr. Kasthuri Dhevi Naidu, Ketua Bahagian Tuntutan, PruBSN

2. Dr. Vikramjit Singh Saren, Pakar Perunding Bedah Urologi, KPJ Sentosa KL Specialist Hospital

3. Ms. Pong Seng Yin, Ketua Pakar Diet, KPJ Sentosa KL Specialist Hospital

Jumpa anda di sana!