Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Pusing Selangor Dulu Travel Fair bertujuan untuk menggiatkan semula pelancongan domestik
Diterbitkan:  Dec 6, 2021 1:39 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Sektor pelancongan adalah penyumbang ketiga terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, selepas sektor pembuatan dan komoditi. Pada tahun 2019, sektor pelancongan Malaysia menyumbang 13.3% kepada (KDNK).

“Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 telah menjejaskan industri ini dan menyebabkan jumlah sumbanganya menurun sehingga 5.5% pada 2020. Oleh itu, langkah yang efektif perlu diambil untuk menggiatkan semula industri pelancongan, kata Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Baru-baru ini, Tourism Selangor telah berjaya menganjurkan ‘Pusing Selangor Dulu Travel Fair’ dari 3 hingga 5 Disember 2021 di Concourse Square, Paradigm Mall, Petaling Jaya. Tourism Selangor ialah agensi promosi pelancongan Negeri Selangor yang diberi mandat untuk meningkatkan kemasukan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor.

“Pada tahun 2019, Selangor berjaya menarik 30 juta pelancong, yang telah memberi impak positif kepada ekonomi negeri, khususnya dalam industri pelancongan. Pusing Selangor Dulu Travel Fair adalah salah satu inisiatif yang dirancang untuk meningkatkan jumlah pelancong,” kata Y.B. Tuan Hee Loy Sian.

Acara ini menawarkan pakej pelancongan eksklusif serta pameran oleh 16 pempamer seperti MAS Golden Holidays, Jump Street Asia, SkyMirror Travel and Tours, Sunway Lagoon, Skytrex Adventure, Sg Chongkak, dan banyak lagi.

Jelajah Pusing Selangor Dulu 2022 juga adalah sebahagian daripada inisiatif promosi Kempen Pelancongan Domestik; Pusing Selangor Dulu oleh pihak Tourism Selangor. Kempen ini adalah salah satu usaha untuk mempergiat pelan promosi pelancongan dan menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik.

Kolaborasi antara Jevans Jewelry dan Tourism Selangor

Pelancaran kolaborasi antara JEVANS Jewelry dan Tourism Selangor juga telah berlangsung pada 4 Disember yang lalu. YBhg. Che Puan Juliana Evans, Duta Kempen Pusing Selangor Dulu, telah melancarkan rantai leher berbentuk peta Negeri Selangor. Inspirasi mencipta rantai tersebut tercetus daripada minatnya dalam pelancongan dan mahu memperkenal lagi nama Negeri Selangor di peta dunia.

Jom sertai “Tourism Selangor Global Convention 2021” pada 10-11 Disember ini!

Jika anda telah terlepas pameran Pusing Selangor Dulu Travel Fair, jangan risau kerana anda boleh menyertai Tourism Selangor Global Convention (TSGC) 2021 yang bakal berlangsung pada 10 dan 11 Disember 2021, secara fizikal di Hotel New World Petaling Jaya dan secara maya.

TSGC 2021 bakal menjadi pemangkin ke arah mendorong perubahan ketara bagi memastikan kejayaan penetapan semula industri pelancongan untuk tahun 2022. Konvensyen ini akan menampilkan ahli perniagaan ternama dan individu-individu berpengaruh untuk berkongsi pendapat tentang masa depan industri pelancongan.

Antaranya ialah Jazeman Jaafar – Pemandu Lumba Antarabangsa Malaysia, Chef Zam – Chef Selebriti Malaysia, dan Che’ Puan Juliana Evans – Pelakon, Selebriti dan Duta Kempen Pusing Selangor Dulu. Personaliti utama dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), dan ShopeePay juga akan turut hadir pada hari acara.

Topik-topik yang akan dibincangkan termasuk 'Pelancongan Digital 4.0 dan E-Dagang', 'Inovasi dan Kepelbagaian dalam Kelangsungan Perniagaan Pelancongan Semasa Pandemik', 'Pengaruh untuk Destinasi Pelancongan', 'Pelancongan Sukan', 'Pelancongan Kreatif dan Industri Filem' , dan 'Dialog Pelancongan Tahap C'.

Anda boleh mendaftar untuk konvensyen TSGC 2021 secara PERCUMA di https://tsglobalconvention.com/register-now/. Bagi memastikan keselamatan orang ramai, penyertaan untuk TSGC 2021 adalah melalui jemputan sahaja. Walau bagaimanapun, persidangan 2 hari tersebut akan disiarkan secara langsung dari 9 pagi hingga 5 petang untuk tontonan orang ramai di www.tsglobalconvention.com

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Tourism Selangor; www.selangor.travel, emel melalui [email protected]. atau mengikuti media sosial Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS