Baru-baru ini terdapat beberapa jenis barangan keperluan yang mengalami kenaikan harga secara mendadak. Situasi ini sudah tentunya memberi tekanan berganda kepada perbelanjaan rakyat.

Contohnya, terdapat banyak peruncit harga tetap baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan harga barangannya. Premis yang terkenal dengan panggilan kedai ‘2 ringgit’ juga telah memaklumkan bahawa harga jualan di kedai mereka akan dinaikkan.

Ramai yang meluahkan kebimbangan jika keadaan kenaikan harga barang keperluan berterusan menekan rakyat, apatah lagi apabila ada jangkaan yang mengatakan kenaikan tersebut akan berlaku secara mendadak antara 30 sehingga 200 peratus menjelang tahun depan.

Dalam keadaan sekarang, setiap sen yang dikeluarkan daripada poket perlu dibuat dengan cukup berhati-hati meskipun untuk membeli barangan keperluan asas.

Berita baik untuk pelanggan yang membeli-belah di MR.DOLLAR-. Sebab harga barangan syarikat subsidiari MR D.I.Y. di setiap cawangan MR.DOLLAR ini adalah tetap SAMA! “Always RM2 or RM5”, terus menjadi pegangan MR. DOLLAR dalam usaha membantu rakyat Malaysia berjimat dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Harga Produk MR.DOLLAR Tetap RM2 atau RM5! - ‘Harga Kami Tetap Sama’

Dengan menetapkan harga “Always RM2 or RM5”, MR.DOLLAR memastikan orang ramai dapat berbelanja dengan yakin, mengikut kemampuan mereka.

Semua cawangan MR.DOLLAR mempunyai pelbagai rangkaian produk dalam 10 kategori seperti Coklat & Manisan; Snek & Biskut; Bahan-Bahan Masakan; Barangan Runcit; Minuman; Produk Sejuk & Beku; Keperluan Rumah; Perkakasan; dan Alat Tulis, Mainan & Sukan kepada pembeli. Sesuai dengan slogan mereka “Always RM2 or RM5”, setiap produk dijual dengan harga yang dijamin berpatutan.

Contoh; anda boleh dapatkan air ‘Coke (1.25L)’ pada harga RM2 sahaja.

Daging burger Ramly yang biasanya harga RM5 ke atas, tetapi anda boleh dapatkannya pada harga RM5 sahaja di MR.DOLLAR


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Harga Kami Tetap Sama’’

Jenama terkenal yang boleh didapati di MR.DOLLAR:

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai produk kegemaran seperti Maggi, Oreo, Kitkat, Marigold, Fernleaf. Kawanku, Mewah Natural, Bon Chef, Vitasoy, Coca Cola, Sunquick, Chipsmore, Walls, Johnson & Johnson, Garuda Food, Farm Fresh, Samudra, Nestle, Checkers, dan banyak lagi di MR. DOLLAR. 

Konsep kedai nilai Ringgit harga tetap di Malaysia

MR. DOLLAR mempunyai visi dalam menjadi kedai harga tetap terbesar yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dan juga membawa misi untuk membantu penjimatan dalam setiap pembelian bagi semua kumpulan pendapatan di Malaysia. Membantu dalam memberikan pengalaman dan kepuasan bagi setiap pelanggan yang datang berkunjung serta menawarkan pilihan dengan lebih dari 12,000 pilihan produk.

Pada bulan November lalu, MR. DOLLAR telah mengumumkan pembukaan cawangan ke- 50 di Sunway Pyramid, Selangor. Kini jumlah cawangannya di seluruh negara terdapat sebanyak 52 buah.

Pelanggan juga boleh mengunjungi cawangan MR. DOLLAR di Taman Maluri, KL,Wangsa Niaga, Wangsa Maju, Sungai Chua, Kajang, Taman Bayu Perdana, Klang, Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Bandar Baru Sungai Udang, Melaka dan untuk mengetahui cawangan MR. DOLLAR yang berdekatan dengan rumah anda, lawati link di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web MR.DOLLAR; https://www.mrdollar.co/, atau ikuti media sosial MR.DOLLAR di Facebook: @mrdollarmalaysia, Instagram: @mrdollar.malaysia atau menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan MR.DOLLAR di 03 - 89611338