Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
TimeTec mengautomasi data tenaga kerja untuk pelbagai industri
Diterbitkan:  Dec 17, 2020 11:47 AM
Dikemaskini: 3:48 AM

Data kehadiran tenaga kerja sarat dengan potensi. Fungsinya melangkaui sekadar mengetahui jumlah jam bekerja kakitangan; ia bermanfaat lebih daripada itu. Data kehadiran dapat mempamerkan corak kehadiran pekerja, kelewatan, jadual kerja, liputan syif, penjejakan kos, dan ia memberikan pelbagai kemungkinan kepada perniagaan. Kefahaman tentang nilai data kehadiran menjadikan syarikat peka untuk mengautomasi data tenaga kerja dengan menggunapakai penyelesaian awan yang menawarkan kesalinghubungan dan kelancaran data yang unggul. Selain itu, perniagaan semakin memerlukan perkongsian data dalam operasi dan ini menjadikan proses digitalisasi itu perlu dan tepat pada masanya.

TimeTec TA, penyelesaian Kehadiran Masa berasaskan teknologi awan/cloud yang dibangunkan oleh TimeTec Group, mencakupi semua keperluan automasi data tenaga kerja kerana ia memberikan kelancaran dan ketelusan data yang diperlukan oleh organisasi. Fleksibiliti fungsi dan penggunaan TimeTec TA memenuhi keperluan pelbagai industri dari syarikat kecil hingga ke besar; penyelesaian ini juga sesuai untuk syarikat tunggal atau syarikat yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan di seluruh dunia.

Oleh itu, TimeTec TA merupakan sistem pilihan oleh berbagai jenama terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di banyak negara luar. QSR Brands, sebuah syarikat yang menguruskan operasi dua jenama makanan segera global, KFC dan Pizza Hut, telah melanggan penyelesaian TimeTec TA untuk pengurusan kehadiran tenaga kerja mereka. Menguruskan ribuan pekerja di banyak cawangan di seluruh negara, QSR Brands memanfaatkan ciri utama yang ditawarkan oleh TimeTec TA. Fungsi Kelulusan Kehadiran di TimeTec TA memantau kesahihan ketidakhadiran pekerja serta permohonan pekerja untuk sunting data kehadiran mereka. Kelulusan daripada pengurus diperlukan sebelum waktu kerja ini dapat diluluskan sebagai gaji yang layak. Ciri GPS yang mengesan lokasi pekerja dalam waktu bekerja di Aplikasi TimeTec juga merupakan ciri nilai tambah yang digunapakai QSR Brands. Kehadiran Beacon juga memudahkan kakitangan mereka untuk mengimbas waktu masuk dan waktu keluar di beacon dengan hanya menggunakan telefon pintar. Yang paling penting, ciri Impot Jadual Kerja di TimeTec TA memenuhi keperluan jadual operasi QSR Brands yang rumit dan sentiasa berubah. Sistem TimeTec TA meningkatkan operasi dan pengurusan Sumber Manusia QSR Brands dengan ketara.

Selain QSR Brands, TimeTec TA juga digunapakai oleh Central Sugars Refinery (CSR), sebuah kilang gula terkemuka yang beribu pejabat di Shah Alam, Sunway Construction, sebuah kumpulan pembinaan yang berurusan dengan pekerja binaan, Versace Hong Kong untuk pekerja runcit, BP Healthcare, Pelanggan Adabi Industries, sebuah syarikat pembuatan makanan terkemuka, kedai kacamata Focus Point di seluruh negara dan banyak lagi.

Sekarang, TimeTec TA diberikan secara PERCUMA selama 3 bulan untuk semua IKS di Selangor melalui PRODUTK, Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja. Ini adalah usaha kolaborasi di antara Kumpulan TimeTec dan Kerajaan Negeri Selangor. PRODUTK menyediakan IKS dengan pengalaman secara terus bagaimana penggunaan digitalisasi boleh memanfaatkan perniagaan. PRODUTK terbuka untuk semua IKS Selangor sehingga 31 Disember 2020. Untuk mengambil bahagian, sila ke pautan ini: https://bit.ly/produtk-m dan anda boleh terus menggunakan ciri GPS di dalam Aplikasi.

Sekiranya perniagaan anda perlukan ciri ini, hubungi Encik Syed Firdaus Syed Fuzi di [email protected] untuk temujanji dan demo. Layari website TimeTec TA di www.timetecta.com

Tentang Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec menceburkan diri dalam teknologi biometrik pada awal milenium baru dengan pengkhususan di dalam bidang masa & kehadiran tenaga kerja dan sistem kawalan akses pejabat. Setelah menubuhkan jenama biometrik yang kukuh di seluruh dunia melalui jenama FingerTec, Kumpulan TimeTec meneroka teknologi seterusnya; Cloud, IoT dan AI. Mulai tahun 2014, Syarikat telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian cloud untuk pelbagai industri di seluruh dunia. TimeTec merupakan jenama yang dipercayai dalam pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, penyelesaian kediaman pintar dan bandar pintar. Dengan pengetahuan yang luas mengenai industri dan kepakaran dalam teknologi canggih, TimeTec bertekad menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan masa hadapan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS