Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Peralatan IoT Pintar i-TimeTec Untuk Kediaman Pintar
Diterbitkan:  Dec 30, 2020 11:12 AM
Dikemaskini: 3:12 AM

Kebelakangan ini tahap permintaan kepada penyelesaian pintar semakin meningkat bagi rumah persendirian, pejabat dan juga kilang. Menjangkakan ketibaan teknologi 5G yang lebih pantas dalam masa terdekat ini, masyarakat dunia mula membiasakan diri dengan peralatan IoT untuk kegunaan di kediaman dan juga di pejabat mereka.

TimeTec, melalui Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec, menawarkan penyelesaian keselamatan yang paling komprehensif dengan pelbagai produk yang dapat melindungi penghuni kediaman daripada pencurian, kebakaran, kerosakan air; sejurus menambahbaik kediaman agar lebih selamat dan saling berhubung.

Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec terdiri daripada gerbang pintar yang dilengkapi kamera, sensor magnetik pintu/tingkap, sensor gerakan PIR, sensor asap, siren penggera dan butang panik untuk pengguna memantau rumah atau pejabat mereka dengan teliti. Sensor dan penggera yang dipasang di seluruh rumah dapat mengesan perubahan keadaan rumah, dari kemungkinan kepulan asap hingga kepada pembukaan dan penutupan pintu dan tingkap. Apabila sistem rumah pintar mengesan perubahan yang tidak diingini, ia akan terus memberitahu pengguna melalui Aplikasi i-TimeTec.

3 Kelebihan Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec untuk Pasaran Malaysia

1. Lulus Sirim & SKMM

Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec mematuhi Peraturan 14 dari Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Piawaian Teknikal) 2000. Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec kini telah mendapat kelulusan Sirim, dan SKMM, selamat untuk digunakan oleh umum.

2. DIY yang Mudah!

Semua Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec mudah dipasang dengan berpandukan arahan pemasangan yang ringkas untuk pengguna melakukannya sendiri.

3. Aplikasi Tersedia

Aplikasi i-TimeTec mengawal semua Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec tanpa wayar dari aplikasi tunggal. Aplikasi mudah alih ini tersedia secara PERCUMA dengan setiap pembelian produk IoT TimeTec.

Lawati laman web kami untuk maklumat lanjut tentang Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec di https://www.i-timetec.com

Kami Mencari Wakil Jualan

TimeTec sedang mencari wakil jualan Peralatan Keselamatan Pintar i-TimeTec di seluruh negara. Sertailah kami sebagai wakil jualan dan dapatkan ganjaran hebat melalui program kami. Produk tersedia adalah DIY, dan latihan disediakan. Sekiranya anda berminat untuk menjadi agen kami, klik di pautan ini untuk mengisi maklumat anda http://bit.ly/i-timetec-interest, dan kami akan menghubungi anda segera.

Sebarang pertanyaan tentang Program Wakil Jualan, salurkan ke [email protected].

Tentang Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec menceburkan diri dalam teknologi biometrik pada awal milenium baru dengan pengkhususan di dalam bidang masa & kehadiran tenaga kerja dan sistem kawalan akses pejabat. Setelah menubuhkan jenama biometrik yang kukuh di seluruh dunia melalui jenama FingerTec, Kumpulan TimeTec meneroka teknologi seterusnya; Cloud, IoT dan AI. Mulai tahun 2014, Syarikat telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian cloud untuk pelbagai industri di seluruh dunia. TimeTec merupakan jenama yang dipercayai dalam pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, penyelesaian kediaman pintar dan bandar pintar. Dengan pengetahuan yang luas mengenai industri dan kepakaran dalam teknologi canggih, TimeTec bertekad menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan masa hadapan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS