Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Kelegaan kulit kering dan sensitif dengan Suu Balm
Diterbitkan:  Dec 30, 2020 3:40 PM
Dikemaskini: Feb 9, 2021 2:25 AM

Suu Balm diformulasikan oleh Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Tey Hong Liang yang mengendalikan klinik gatal kulit di ‘The National Skin Centre’, Singapura. Suu Balm dicipta untuk melegakan kegatalan dengan cepat dan berkesan dengan menggunakan mentol yang tidak mengeringkan dan dalam masa yang sama memberi kelembapan yang menyeluruh dengan ceramide mirip kulit serta filaggirin. Produk ini disyorkan oleh pakar dermatologi dan disarankan oleh pakar pediatrik.

Suu Balm menggunakan bahan berkualiti tinggi yang dipilih secara khusus dan berhati-hati tanpa bahan berbahaya seperti SLS, SLES, sabun, sulfat, paraben, pengawet atau pewangi tiruan. Dua produk berikut banyak disyorkan oleh pakar kulit dan juga merupakan pilihan ahli-ahli farmasi.

Suu Balm Dual Rapid Itch Relief & Restoring Body Moisturiser

Suu Balm ialah produk yang memberikan faedah penjagaan kulit untuk kelembapan yang menyeluruh dan melegakan kegatalan dengan cepat. Ianya dikhususkan terutama sekali untuk sesiapa saja yang mengalami masalah kulit kering dan gatal-gatal untuk memberikan kelegaan cepat pada kulit sekaligus membantu meningkatkan kekerapan pemakaian produk. Menghentikan kitaran gatal-garu juga dapat mengelakkan kerosakan kulit.

Suu Balm Dual Rapid Itch Relief mengandungi ramuan khusus untuk memberikan kelegaan gatal yang cepat - mentol - yang bertindak dengan menyejukkan kulit, sekaligus memicu reseptor pada saraf di kulit dan menyekat penghantaran isyarat gatal ke otak. Ia dapat menghilangkan rasa gatal dalam masa lima minit. Ia mengandungi Ceramide Kulit yang memulihkan dan menambah kelembapan kulit. Produk ini boleh digunakan bersama pelembap atau resep (steroid) untuk menghilangkan rasa gatal yang cepat, meningkat kekerapan penggunaan pelembab kulit sensitif yang gatal atau kering.

“Suka formulasi ini, cukup menghidratkan tetapi tidak berminyak, ia tidak menimbukan rasa melekit. Juga berjaya menenangkan kawasan yang gatal sebelum merebak.” - Rikki

Ketiadaan steroid dalam produk ini menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit. Ia diformulasikan tanpa bahan-bahan yang akan merengsakan kulit sensitif seperti alkohol, pewangi atau minyak wangi, dan paraben. Produk halal yang diperakui ini adalah hypoallergenic, sesuai untuk kulit sensitif dan mempunyai tekstur ringan, cepat menyerap dan tidak melekit sepanjang hari.

Dalam masa 5 hari, kegatalan dan kekeringan di tapak tangan telah berkurangan dan hampir hilang. Tapak tangan pengguna Suu Balm hampir sembuh sepenuhnya.

Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash

Suu Balm Cream Body Wash sangat sesuai bertindak membersihkan kulit sensitif dan kering, menjadikan kulit anda lembut dan lembab. Produk ini bebas sabun, sulfat, wangian, paraben dan pengawet, ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash adalah formulasi lembut dan menyegarkan yang selamat digunakan setiap hari oleh sesiapa yang mempunyai kulit kering, sensitif. Ia juga mengandungi mentol untuk melegakan gatal yang menenangkan dan menyejukkan kulit. Ia bebas sabun dan sulfat menjadikannya pembersihan ultra lembut untuk kulit sensitif. Untuk menggantikan bahan yang berbahaya seperti SLS / SLES, ia mengandungi Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, surfaktan ultra lembut yang membersihkan kulit secara menyeluruh tanpa kehilangan kelembapan semula jadi kulit.

“Gatal telah berhenti hampir sepenuhnya. Menyegarkan sambil lembut pada kulit.” - Li Ling

“Produk ini sangat sesuai dengan saya. Tidak ada lagi kesan kering pada lutut saya.” - Fiza

Pencuci badan ini mengandungi lima bahan pelembap, termasuk sodium hyaluronate dan shea butter yang kaya untuk melembapkan kulit. Ia memberikan kulit tahap pH yang sihat dan ketiadaan paraben, pengawet dan wangian buatan menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit. Produk ini juga disahkan halal. Setelah mandi dengan Suu Balm Cream Body Wash, keringkan kulit anda dan sapukan pelembap Suu Balm ke bahagian badan yang gatal atau kering.

Siapa yang harus menggunakan Suu Balm?

  • Mereka yang mempunyai kulit kering, gatal-gatal dan sensitif; sesuai untuk digunakan oleh kanak kanak yang lebih berumur (5 tahun ke atas).

  • Ruam yang disebabkan oleh alahan, gigitan serangga , peluh, dan kondisi kulit.

  • Golongan tua yang mempunyai kulit kering (kadangkala cenderung gatal) dan perbuatan menggaru boleh menyebabkan ianya berdarah dan terjangkiti kuman. Minyak semulajadi yang sedikit, kerosakan disebabkan pancaran cahaya matahari, kehilangan dan pertambahan sel sel hormon kesemuanya boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar seiring meningkatkatnya usia.

Untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas (yang mempunyai kulit yang sangat gatal), cubalah sedikit terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia boleh diterima; kulit mereka boleh menjadi lebih sensitif terhadap mentol. Jika tidak, Suu Balm Kids Moisturiser lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Dengan lebih 1,000,000 produk yang berjaya dijual di arena antarabangsa, Suu Balm menyediakan pelbagai jenis produk untuk membantu menjaga dan menambah kelembapan kulit. Semua produk Suu Balm boleh didapati di laman web Suu Balm: https://suubalm.com.my atau kunjungi Watsons, Caring Pharmacy atau farmasi-farmasi yang terdekat untuk membeli produk Suu Balm.

ADS