Pada 18 Mac 2021, FWD Insurance (“FWD”) telah mengumumkan pelancaran FWD Start-Up Studio untuk menyokong syarikat permulaan teknologi insurans dan teknologi takaful di Malaysia, dengan modal pembiayaan sebanyak RM1.2 juta selama dua tahun.
FWD kini membuka penyertaan untuk pengambilan kumpulan pertama yang bermula pada bulan Mei. Permohonan akan ditutup pada 14 Mei 2021.
Studio ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk teknologi insurans danmenjadi perantara di antara FWD, syarikat permulaan dan teknologi di Malaysia. Dengan itu, Studio telah bekerjasama dengan 1337 Ventures (“1337”), pemecut perniagaan yang berpusat di Malaysia, untuk melancarkan program pra-pemecut selama empat minggu. Program iIni akan dibuka kepada 25 syarikat pemulaan pada pusingan pertama, dengan tujuan untuk memberi peluang menghasilkan produk yang minimum (MVP atau “minimum viable product”) dan bekerjasama secara komersial dengan FWD.
Program pra-pemecut
Program pra-pemecut akan memenuhi keperluan syarikat permulaan di semua peringkat, daripada peringkat awal idea hingga ke peringkat akhir dan ianya terbuka kepada 25 syarikat permulaan untuk pusingan yang pertama, produk yang minimum (MVP atau “minimum viable product”) dan berpeluang untuk bekerjasama secara komersial dengan FWD. Program empat minggu ini akan memberi para pengusaha dan syarikat permulaan penerangan mendalam mengenai modul yang relevan dan akses kepada mentor, peralatan dan teknologi untuk membawa idea mereka ke realiti.
Selepas pusingan pertama, sepuluh syarikat permulaan terbaik akan menjalani program bimbingan mentor lanjutan, di mana mereka akan dapat menambahbaik lagi penyelesaian dan model perniagaan mereka untuk dibentangkan kepada para pelabur dan korporat di seluruh rantau pada hari demo. Pada hari demo, dua syarikat permulaan terpilih akan masing-masing menerima pelaburan sebanyak MYR150,000 daripada 1337 Ventures dan FWD, dan juga kredit infrastruktur bernilai RM 500,000 untuk keperluan infrastruktur awan, perekrutan, pemasaran dan gerbang pembayaran mereka. Syarikat permulaan ini juga akan dapat menerima dana tambahan untuk modal mereka ke pusingan pra-siri A.
Selain itu, pemenang juga akan menerima banyak faedah seperti:
Kredit infrastruktur bernilai RM 500,000 untuk keperluan infrastruktur awan, perekrutan, pemasaran, dan gerbang pembayaran mereka.
Pembiayaan lanjutan untuk syarikat permulaan berpotensi tinggi daripada awal benih hingga ke pra-siri A.
Peluang untuk membuktikan konsep rekaan mereka, dan bekerja bersama FWD.
Sebagai batu loncatan ke Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang menyediakan “greenlane” kepada syarikat permulaan ketika memohon National Sand and Innovation Sandbox (NTIS).
Berpeluang untuk memulakan usaha sama yang berpotensi tinggi bersama FWD.
Akses ke program bimbingan mentor Studio.
Penglibatan dalam rangkaian teknologi insurans di Malaysia, yang kini menjadi merupakan pusat kewangan Islam.
Permohonan kini dibuka, dan temu duga bermula pada 30 April. Permohonan akan ditutup pada 14 Mei 2021. Mohon sekarang di https://fwdstartupstudio.com/pre-accelerator.
Mereka yang berminat untuk mengetahui tentang perkembangan syarikat permulaan ini boleh mengikuti laman 1337 Ventures' atau laman FWD Startup Studio untuk mendapatkan keterangan lanjut pada hari demo.
