Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Digital (6/13): Perniagaan Berhampiran (Near Field Commerce), Trend Masa Hadapan
Diterbitkan:  May 12, 2021 10:18 AM
Dikemaskini: 2:18 AM

Walaupun kejayaan perniagaan e-Dagang tanpa sempadan dan O2O (online ke offline) meningkat terutama selepas serangan Covid-19, tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar aktiviti membeli-belah masih berlaku di kedai-kedai berhampiran, di mana kita sering mendapatkan barang-barang keperluan dari kedai-kedai yang berdekatan dengan kediaman dan pejabat. Perniagaan kedai-kedai berhampiran kekal sebagai cara biasa masyarakat membelanjakan wang mereka.

“Adakah terdapat keperluan untuk memperluaskan perniagaan berhampiran ini yang melayani masyarakat di dalam dan di luar talian, jika mereka hanya melayani masyarakat di sekitarnya? Apa faedahnya kepada masyarakat berhampiran? Apakah istilah yang lebih baik untuk menerangkan perniagaan dalam talian untuk kawasan berdekatan? Dan saya menggunapakai Near Field Commerce, istilah yang saya cipta menggunakan akronim terkenal, NFC, Near Field Communication protokol yang berlaku dalam jarak 4cm untuk dua peranti elektronik." Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec membincangkan trend perdagangan masyarakat akan datang.

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec

Menurut beliau, "Salah satu masalah sistem e-Dagang sedia ada ialah, apabila anda membeli beberapa barang melalui dari satu platform eCommerce, pesanan anda mungkin akan terbahagi kepada beberapa penghantaran, yang menambah masalah pelepasan karbon dan pembaziran pembungkusan. Tetapi masalah ini tidak wujud untuk perniagaan berhampiran. Walaupun untuk platform pembelian secara berkumpulan seperti Groupon, yang mengumpulkan semua pembelian dari individu untuk menikmati potongan harga produk, penghantarannya masih dilakukan secara berasingan. Di kebanyakan platform e-Dagang, pelanggan selalu dianggap sebagai individu yang terpisah; manakala Near Field Commerce mensasarkan individu di dalam komuniti dan bukannya individu yang berselerak dari mana-mana sahaja,"

"Apabila platform perdagangan mensasarkan komuniti, ia dapat mencapai 'Pembelian Berganda, Satu Penghantaran', baik ke tempat kerja atau pun ke komuniti kediaman," sambung Teh. "TimeTec mempunyai Aplikasi TimeTec Tenant untuk bangunan perniagaan, dan Aplikasi i-Neighbor untuk komuniti kediaman yang terbina dalam platform perdagangan yang terdiri daripada tiga komponen iaitu i-Merchants untuk penyenaraian perniagaan, TimeTec Mart untuk pembelian online termasuk ciri pembelian kumpulan komuniti , dan i-Ad untuk para peniaga mengiklankan dan meningkatkan penjualan mereka."

"Bayangkan jika ada projek perbandaran yang dibangun dengan lot kedai campuran, pusat membeli-belah, kediaman dan menara pejabat, Near Field Commerce dapat menghubungkan peniaga dan pekerja serta komuniti kediaman yang berdekatan dengan lebih baik. Dan dengan penyertaan para peniaga, pemaju perbandaran dapat menjana pendapatan sambil mengekalkan Aplikasi label-putih untuk bangunan komersial dan kediaman yang ditawarkan kepada penyewa dan penduduknya secara percuma. "

Teh juga menekankan, "Near Field Commerce adalah konsep baru, tetapi ianya tidak boleh dibina secara berasingan. Sebaliknya, ia harus kekal sebagai sebahagian daripada ekosistem bangunan digital untuk bangunan komersial atau kediaman. "

Apabila digabungkan dengan aplikasi komuniti, ini membolehkan kumpulan komuniti membeli dengan potongan harga dan ianya menjimatkan kos logistik yang besar dengan hanya satu penghantaran untuk beberapa item ke beberapa unit dan individu. Oleh kerana platform Near Field Commerce adalah sebahagian dari ekosistem masyarakat, ia juga harus berintegrasi dengan sistem pengurusan pelawat untuk memudahkan penghantaran pembelian untuk keselamatan yang lebih baik. Kumpulan TimeTec telah memfailkan empat paten untuk Near Field Commerce.

Untuk maklumat lanjut, terdapat artikel yang ditulis oleh Teh Hon Seng tentang Near Field Commerce.

https://ineighbour.blogspot.com/2018/06/near-field-commerce-another-rising.html

Artikel ini juga telah diterbitkan dalam Bab 19 buku “Smart Residential Communities: Principles, Practices & Practical Guidebook”. Pautannya di sini: https://www.i-neighbour.com/SmartResidentialCommunities

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan di [email protected] (010-2211150). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Ekosistem Bangunan Komersial Pintar TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel kelima siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/573421

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/573417

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com, www.timetecbuilding.com

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. 

ADS