Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Kempen “Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda” PROVITAL Immuna Plus Dapati 67.5% Rakyat Malaysia Ubah Pemakanan Untuk Tingkatkan Imuniti
Diterbitkan:  Jul 23, 2021 4:35 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2021 – Mead Johnson Nutrition hari ini telah melancarkan kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda (“Activate Your Immunity, Activate Your Life”) dengan memperkenalkan susu berkhasiat untuk dewasa yang pertamanya, PROVITAL Immuna Plus di mana kelebihan unik susu ini ialah Tiga Perlindungan Imuniti daripada yis beta-glukan, selenium dan vitamin C, yang membantu mengukuhkan fungsi imun badan [1,2,3]. PROVITAL Immuna Plus telah bekerjasama dengan Watsons Malaysia untuk menjemput Dr. Kent Woo Chee Keen, Perunding Perubatan, Pakar Alergi dan Imunologi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang kepentingan imuniti di majlis pelancaran tersebut.

“Mead Johnson Nutrition berbangga untuk memperkenalkan produk yang kami percaya akan membantu menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat. Langkah memperkenalkan susu berkhasiat dewasa pertama kami, PROVITAL Immuna Plus bertujuan menawarkan kepada golongan dewasa Malaysia sumber nutrisi untuk mengaktifkan dan mengukuhkan benteng pertahanan semula jadi badan mereka. Kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda telah dilancarkan untuk meningkatkan tahap kesedaran keseluruhan dan mendidik tentang betapa pentingnya nutrisi dalam amalan menjaga kesihatan kita, terutamanya untuk meningkatkan sistem imun apabila usia kita semakin lanjut,” kata Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura & Vietnam.

Kesihatan ialah aspek penting kehidupan kita, lebih-lebih lagi dalam norma baharu yang kita kini perlu amalkan. Watsons memahami cabaran yang mungkin dihadapi pengguna pada masa pandemik dan dengan itu telah memulakan program Health 45+, iaitu program nilai tambah bagi mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas, dengan matlamat meringankan beban ahli-ahli Watsons apabila membeli produk kesihatan mereka. Ciri-ciri unik PROVITAL Immuna Plus sedia menjadikannya satu lagi produk bermanfaat dalam rangkaian produk kesihatan Watsons untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan dewasa. Menerusi kerjasama ini, pengguna yang mendaftar untuk program ini boleh menikmati diskaun tambahan apabila membeli PROVITAL Immuna Plus.

Sempena dengan pelancaran, Mead Johnson Nutrition berkongsi maklumat penting tentang persepsi dan sikap rakyat Malaysia tentang pemakanan dan imuniti, yang diperolehi daripada tinjau selidik terhadap kira-kira 3,000 responden baru-baru ini. [4].

Antara penemuan penting daripada tinjau selidik ini ialah terdapat perubahan positif dari segi tahap kesedaran tentang kesihatan imuniti dalam kalangan 60% rakyat Malaysia sejak pandemik, dengan 67.5% responden telah mengambil lebih banyak produk nutrisi untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Tinjau selidik tersebut juga mendedahkan bahawa 44.5% daripada responden percaya bahawa pemakanan ialah faktor penting untuk menguatkan imuniti. Ini berkait rapat dengan perubahan tingkah laku untuk membuat pilihan pemakanan lebih sihat, dengan 91.5% daripada responden telah memperbanyak buah dan sayur dalam diet manakala 60% telah menambah atau meningkatkan pengambilan produk nutrisi. Sebahagian besar daripada 78.7% responden berumur 40 tahun dan ke atas berpendapat tahap imuniti mereka semakin lemah apabila mereka meningkat usia.

Gonzalo menambah, “Sekarang, orang ramai semakin mengambil berat soal kesihatan imun, dan PROVITAL Immuna Plus telah dirumuskan untuk menangani keperluan ini. Susu tepung yang tinggi kandungan kalsium dan protein ini boleh dimasukkan ke dalam diet harian untuk meningkatkan tahap imuniti dan daya pergerakan. Ramuan utamanya – yis beta-glukan membantu menyokong sistem imun yang membina daya tahan terhadap selesema dan 2 gelas PROVITAL Immuna Plus akan membekalkan 204mg yis beta-glukan, iaitu paras yang disyorkan untuk mencapai keberkesanan.”

“Apabila tahap imuniti merosot seiring peningkatan usia, daya tahan kita semakin lemah menyebabkan badan manusia lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit. Menjaga pemakanan dengan sewajarnya yang boleh membantu pembangunan dan perkembangan sistem imun, berserta amalan gaya hidup yang sihat dan tanpa tekanan ialah antara cara terbaik untuk menguatkan sistem imun kita. Nutrien seperti beta-glukan yis didapati meningkatkan sistem imun. Beta-glukan daripada sumber berbeza memberikan fungsi kesihatan berbeza, manakala yis beta-glukan ialah jenis beta-glukan yang menyokong sistem imun. [1,5,6],” ujar Dr. Kent Woo.

Sebagai seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk menempuh kehidupan dengan positif, PROVITAL Immuna Plus juga ingin meraikan usaha wira-wira tempatan yang telah menyumbang kepada masyarakat dengan cara mereka yang tersendiri sebagai sebahagian daripada kempen ‘Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda’ sempena Hari Malaysia.

Dikenali sebagai “Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat”, program ini bertujuan mengiktiraf, memberi penghargaan dan meraikan rakyat biasa Malaysia yang melakukan sesuatu yang luar biasa demi manfaat masyarakat pada hari ini. Kami menyeru orang ramai untuk turut serta dalam usaha kami menunjukkan penghargaan kita kepada rakyat Malaysia yang menjadi sumber inspirasi dalam usaha mereka berbakti kepada masyarakat dengan mencalonkan mereka juga untuk menjadi Wira Tempatan.

Program kini dibuka untuk pencalonan. Orang ramai boleh mencalonkan rakyat Malaysia yang layak yang telah melakukan aktiviti atau inisiatif yang berkhidmat kepada atau memenuhi keperluan komuniti. Pencalonan boleh dikemukakan menerusi https://forms.gle/7mURUZrv5vrfHyPQ8 mulai 19 Julai 2021 sehingga tengah malam 8 Ogos 2021. Setiap Wira Tempatan akan menerima bekalan satu (1) tahun susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus manakala kisah mereka akan dipaparkan di platform digital PROVITAL Immuna Plus.

Mengenai PROVITAL Immuna Plus:

Untuk maklumat lanjut tentang PROVITAL Immuna Plus, sila layari laman web (www.provital.com.my) atau laman Facebook (Provital Malaysia). PROVITAL Immuna Plus kini boleh didapati di semua kedai Watsons Malaysia dan juga kedai dalam talian. Sebagai sebahagian daripada program Health 45+ Watsons, ahli-ahli Watsons yang berumur 45 tahun dan ke atas juga boleh menikmati diskaun istimewa bagi PROVITAL Immuna Plus.

Jika anda ingin mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang status imun anda, anda boleh menyemak markah imuniti anda di www.provital.com.my/immunitycalculator. Dengan menjawab satu siri soalan berkaitan kesihatan, alat ini memberikan petunjuk kekuatan kesihatan imun seseorang dalam tempoh 12 bulan lepas berasaskan sistem markah.

Penafian: Maklumat yang disediakan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan peribadi, atau diagnosis perubatan atau rawatan. Sila pastikan anda sentiasa mendapatkan bantuan daripada profesional penjagaan kesihatan apabila memerlukan nasihat perubatan dan hendaklah berbuat demikian serta-merta dalam kes kecemasan.

Rujukan:

1.) Fuller R et.al. Nutrition 2012. 2) Guillin OM et.al. Nutrients 2019. 3) Carr AC, Maggini S. Nutrients 2017. 4.) Tinjau selidik yang dikendalikan oleh Try & Review dari Mei – Jun 2021 dengan 2,975 responden mengenai keimunan dan kesihatan . 5) Bacha U et.al. Biomed Research International 2017. 6) Bacha U et.al. Journal of Chemistry 2018.


Kandungan ini disediakan oleh Mead Johnson Nutrition Malaysia

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS