Hidup ini umpama putaran roda! Dalam apa jua aspek kehidupan, sama ada gajet, fesyen, ataupun makanan, yang klasik sering kembali menjadi pujaan, meski dengan wajah berbeza.
Jadi, dalam meraikan yang klasik, pasti menarik jika biskut berlapis yang sudah lama menjadi kegemaran ramai juga diraikan dengan gaya yang baharu!
Berbekalkan idea ini dan semangat yang berkobar, pasukan kami di kilang biskut berlapis JACK ‘n JILL Cream-O telah berjaya mencipta biskut berlapis serba baharu! Ciptaan terkini kami bakal menjadikan setiap hari penuh O-some buat pencinta biskut berlapis di Malaysia, sekaligus menutup tirai tahun yang penuh mencabar ini dengan keenakan rasa yang O-some!
Baru sahaja dilancarkan, JACK ‘n JILL Cream-O Classic Baharu kini datang dalam bentuk biskut berlapis dengan krim coklat, lantas menambah lagi kepelbagaian jenama biskut berlapis ini.
“Konsep di sebalik Cream-O Classic ini senang tetapi unik. Pasukan JACK ‘n JILL Cream-O kami merenung sejenak perjalanan hidup ini – di mana inspirasi segar masih boleh ditemui walau pada sesuatu yang dianggap biasa ataupun pada yang tak lapuk dek zaman. Diilhamkan daripada biskut berlapis klasik kami, maka lahirlah biskut berlapis baharu dengan perisa krim terkini, diolah dengan gaya berbeza! Inilah cara kami menghargai kegemaran klasik namun kekal segar dengan unsur baharu untuk selera moden,” kongsi Maria Sarah Albert, Pengurus Kanan di URC Snack Foods Malaysia.

Sekian lama dikenali ramai dengan biskut berlapis Cream-O dengan krim yang enak di antara dua keping biskut coklat, dan Cream-O Tarts dengan selai buah berlapis krim yang lazat, kini biskut berlapis terbaharu ini menyempurnakan lagi barisan produk JACK ‘n JILL Cream-O’.
“Seperti mana kami mengubah biskut berlapis kami untuk membawa kenikmatan yang O-some buat anda, anda juga pasti mampu untuk menongkah arus dan mencari sesuatu yang ‘klasik’ buat diri anda sendiri, ke arah hidup yang lebih O-some setiap hari,” kata Albert.

Sempena pelancaran Cream-O Classic Baharu, JACK ‘n JILL menjemput anda untuk menyertai Cabaran 'Gigitan Cream-O Classic Baharu’ dengan hanya dua langkah yang mudah. Anda cuma perlu mengambil foto yang O-some dan kreatif yang menunjukkan diri anda melakukan Cabaran 'Gigitan Cream-O Classic Baharu’. Dalam cabaran ini, kongsikan ‘detik O-some Classic baharu’ anda, seperti menikmati setiap gigitan biskut untuk meraikan detik istimewa, sambil menyerlahkan gaya anda tersendiri. Ataupun, anda boleh menggayakan pakaian klasik atau retro berlatar belakangkan landskap yang moden. Selepas itu, hanya muat naik foto anda di Facebook dan tag Facebook kami di @creamomalaysia dan #CreamOMY. Jangan lupa untuk menghantar mesej peribadi kepada kami untuk menunjukkan resit pembelian Cream-O anda yang bernilai minimum RM5 dengan pembelian sekurang-kurangnya satu pek Cream-O Classic.
Percaya atau tidak, ‘kilauan’ gaya anda mungkin akan membolehkan anda merebut hadiah ‘keemasan’ O-some kami yang ditempah khas dengan rupa biskut sandwic Cream-O.
Pemenang Utama akan memenangi Biskut Emas bernilai RM5,000, manakala dua orang Pemenang Tempat Kedua bakal membawa pulang Biskut Emas bernilai RM3,000 setiap satu. Buat 30 orang pemenang saguhati pula, hadiah tunai RM300 menanti setiap seorang.
Cabaran 'Gigitan Cream-O Classic Baharu’ berlangsung dari 1 Oktober sehingga 19 Disember 2021. Dapatkan maklumat lanjut di https://www.facebook.com/creamomalaysia/
Jadi, usah menunggu lagi. Fikirkanlah gaya gigitan klasik anda yang mungkin akan menobatkan anda sebagai juara O-some kami!
#JACKnJILLCreamOClassic #NewCreamOClassicBiteChallenge
Kandungan ini disediakan oleh URC Snack Foods (M) Sdn Bhd.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
