Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Belia menyuarakan pandangan mereka dengan penuh semangat dan keghairahan mengenai sistem pengundian Malaysia
Diterbitkan:  Jul 26, 2022 5:25 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

PETALING JAYA, 21 Julai 2022: Episod perintis Debaton Parlimen Belia 2022 telah disiarkan pada 16 Julai 2022 dan ia benar-benar luar biasa. Topik “Mengapa Belia Tidak Mengundi?'' dibahaskan dengan hangat oleh 10 pembahas dari seluruh Malaysia. Sesi itu dikendalikan oleh Pengerusi Bersih, Encik Thomas Fann.

Anjuran Malaysiakini dan KiniEvents, Debaton Parlimen Belia 2022 disertai oleh rakan kongsi kami, European Union sebagai Rakan Kolaborasi, Bersih sebagai Rakan Strategik dan Taylor’s College sebagai Youth Empowerment Partner.

Acara ini turut disokong oleh Rakan Bersama kami, Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP), UndiSabah, Undi18, Impact Malaysia, The Risers, dan Institute for Research and Development of Policy (IRDP). Akhir sekali, Rakan Media kami iaitu KiniTV, World of Buzz dan Cilisos Media.

Pendebat yang menyertai sesi ini berumur 16 hingga 25 tahun dan mereka telah mengetengahkan banyak isu yang dihadapi oleh golongan muda ketika mengundi untuk pilihan raya seperti isu kebolehcapaian untuk hadir di pusat pengundian oleh segelintir rakyat yang malang dan bagaimana belia tidak berpuas hati dengan 'career politician' yang tidak memberi peluang kepada calon yang lebih muda.

Selain daripada isu-isu ini, pendebat juga telah mencadangkan cadangan yang boleh memerangi isu peratusan keluar mengundi yang rendah dan juga untuk menggalakkan belia untuk lebih terlibat dalam arena politik. Kenyataan para pendebat masih boleh diundi sehingga 15 Ogos 2022.

Alka Kaur Sandu, pelajar Universiti Sains Malaysia berusia 21 tahun telah dianugerahkan Pendebat Terbaik untuk sesi rintis ini. Dia dianggap cemerlang oleh panel hakim

Pendebat Terbaik dipilih oleh wakil penganjur dan rakan kongsi. Panel hakim ialah Chandran Ravi, Ketua Pegawai Operasi Malaysiakini, Norman Goh, Press and Information Officer, European Union Encik Mohd Muttaqin, Program Director, Foundation of Business dari Taylor's College, dan Cik Emellia Sharrif, Ketua Pegawai Eksekutif MIDP .

Para hakim secara kolektif bersetuju bahawa pendebat muda mempunyai beberapa petunjuk yang baik seperti golongan muda kurang mempercayai sistem pengundian kita. Bukan itu sahaja, para pendebat juga menekankan di mana pengundi muda merasakan mereka sentiasa diketepikan kerana tidak ada keterangkuman untuk golongan muda apabila menentukan dasar. Beberapa pendebat mencadangkan agar SPRM melakukan panggilan ke rumah bagi menggalakkan pengundi muda dan mendidik tentang faedah mengundi semasa pilihan raya.

“Pendebat kami pada tahun ini sangat memahami apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Mereka mahu terlibat tetapi mereka tidak berasa dialu-alukan. Mereka mahu melihat perubahan tetapi mereka juga tidak mempunyai keyakinan terutamanya dengan ahli politik dan pembuat peraturan semasa.” Chandran Ravi, COO Malaysiakini berkata.

Pemenang Anugerah Pendebat Paling Popular akan diumumkan pada 15 Ogos 2022 dan anda juga boleh mengundi kenyataan pembahas dan juga pembahas kegemaran anda sekarang!

Pendaftaran untuk mengambil bahagian sebagai pendebat bagi sesi kedua Debaton Parlimen Belia kini DIBUKA dan semua penyerahan hendaklah sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada 31 Julai 2022 (Khamis). Tiada bayaran diperlukan untuk penyerahan.

Kami berharap untuk menerima penyertaan anda dan jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdebat sebagai Ahli Parlimen!

Pengenalan tentang Debaton Parlimen Belia 2022

Siri Debaton Parlimen Belia bertujuan memperkasakan belia berumur 16-25 tahun, dan membincangkan isu-isu penting di Malaysia melalui simulasi parlimen, yang pesertanya memainkan peranan sebagai ahli parlimen. Melalui program ini, golongan belia berpeluang meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang proses penggubalan undang-undang, sekali gus mendedahkan mereka dengan peraturan, prosedur dan etika yang perlu dipatuhi dalam setiap prosiding parlimen. Lawati laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang siri Debaton Parlimen Belia pada 2019.

Debathon Parlimen Belia 2022 dianjurkan oleh Malaysiakini, KiniTV dan KiniEvents. Rakan Bersama untuk acara adalah termasuk European Union, Bersih, Taylor’s College, Malaysian Institute of Debaters and Public Speaking (MIDP), UndiSabah, Undi18, Impact Malaysia, The Risers, and Institute for Research and Development of Policy (IRDP), KiniTV, World of Buzz, and Cilisos Media.. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang kerjasama untuk Debathon Parlimen 2022, sila e-mel kami di [email protected]  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS