Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Lotus & Unilever kumpul RM100,000 dana untuk pelajar kurang bernasib baik
Diterbitkan:  Nov 29, 2022 12:42 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

PETALING JAYA, 26 November 2022: Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2022, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) bersama-sama rakan kongsi lamanya Unilever Malaysia meneruskan usaha baik mereka yang dipandu oleh semangat #KitakanJiran dengan perlaksanaan aktiviti mengumpul dana berjumlah RM100,000 untuk di agihkan kepada lima buah sekolah angkat syarikat peruncitan tersebut.

Dana tersebut dikumpul melalui program Unilever Back to School: Donate to Help with Lotus’s Malaysia, di mana setiap pembelian RM35 bagi mana-mana produk Unilever di semua cawangan Lotus’s, RM1 akan didermakan kepada tabung dana. Dana ini dikumpul bertujuan untuk membantu 1,000 pelajar yang kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pandan, Johor, SK Kuala Selangor, Selangor, SK Pengkalan Baharu, Perak, SK Taman Bunga Raya 2, Rawang, and SK Sungai Puyu, Pulau Pinang dengan barangan keperluan dari jenama Unilever untuk musim persekolahan yang akan datang.

Majlis dilengkapi dengan simbolik penyerahan daripada Benjamin Ang, Pengurus Jualan Nasional - Pasar Raya Besar & Pasar Raya Unilever Malaysia, bersama Hanim Hamdan, Ketua Komunikasi & CSR, Lotus’s Malaysia dan Norazlina Masom, Pengurus Besar PINTAR Foundation. Majlis turut dimeriahkan oleh kehadiran 25 pelajar bersama ibu bapa dari sekolah angkat Lotus’s Ara Damansara iaitu SK Tropicana.

“Kami telah bekerjasama dengan Unilever Malaysia dan PINTAR Foundation secara berasingan sejak dulu lagi dan kedua-duanya membuahkan hasil yang hebat. Oleh itu, kami percaya bahawa dengan memanfaatkan kekuatan kami yang tersendiri secara kolektif, ianya dapat menghasilkan impak yang lebih besar terhadap kanak-kanak yang memerlukan”, ujar Hanim, Ketua Komunikasi & CSR, Lotus’s Malaysia.

“Kami amatlah berharap agar program ini dapat membawa perubahan dalam kehidupan pelajar disamping membantu meringankan beban ibu bapa mereka. Kami percaya bahawa pendidikan adalah sangat penting dalam membentuk masa depan generasi muda dan melalui program seperti ini, kami berharap agar dapat melihat peningkatan dalam motivasi mereka untuk terus berusaha dan cemerlang dalam pelajaran," kata Benjamin, Pengurus Jualan Nasional – Pasar Raya Besar & Pasar Raya, Unilever Malaysia.

Majlis dimulakan dengan Bengkel Pembuatan Sandwic Lady's Choice yang bertujuan untuk mengajar para pelajar cara-cara untuk membuat sandwic yang sihat dan berkhasiat, kemudian diikuti dengan program Pengguna Bijak Lotus yang direka khas untuk memperkenalkan para pelajar kepada pelbagai produk dan cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak. Pelajar dibawa ke cawangan Lotus’s Ara Damansara untuk belajar tentang perbandingan harga dan kualiti produk. Akhir sekali, mereka juga diajarkan akan kepentingan untuk membezakan antara keperluan dan kehendak.

Baru-baru ini, 50 orang guru daripada 63 sekolah angkat Lotus’s telah di graduasikan melalui sebuah Program Kepimpinan Guru bersama PINTAR Foundation. Program yang berlansung selama tujuh bulan itu terdiri daripada latihan, bengkel, dan sesi perkongsian profesional untuk memperkasakan peranan seorang pendidik/pemimpin yang berkesan dan meningkatkan kemahiran pembangunan profesional mereka yang akan membolehkan para guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakan pertumbuhan minda dan lebih baik untuk para pelajar.

Pada bulan Oktober yang lalu, syarikat peruncitan tersebut telah bekerjasama dengan VSTECS Berhad untuk membaik pulih makmal komputer di SK Seksyen 17, Shah Alam, dan menyumbang 50 buah komputer riba untuk kegunaan pelajar dan gurunya bagi mendedahkan pelajar kepada konsep bilik darjah moden dan meningkatkan kemahiran celik digital mereka.

Sebarang kerjasama bersama pihak yang lain adalah dialu-alukan agar ianya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang dan syarikat peruncitan itu juga berharap agar pengguna bukan sahaja melihatnya sebagai pasar raya dan pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan yang berkualiti dengan harga mampu milik malahan juga sebagai sebuah institusi kejiranan yang prihatin dalam komuniti bagi menyokong pertumbuhan negara yang mampan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS