Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Perjanjian Finexus dengan aplikasi pemisahan bil di platform MyXaaS dengan pembiayaan sehingga RM500,000 oleh Paynet
Diterbitkan:  Dec 2, 2022 8:00 AM
Dikemaskini: 4:07 AM

Finexus akan membolehkan pemisahan bil di Aplikasi Leasy pada Platform Inovasi MyXaaSnya dengan pembiayaan sehingga RM500,000 oleh Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Aplikasi Leasy telah dipilih oleh Finexus sebagai salah satu daripada enam finalis permulaan FinTech yang paling diyakini di ePayments Accelerator Programme yang diadakan pada bulan Ogos.

dari kiri ke kanan untuk mereka yang duduk): Tiffany Teh Xiao Bee (Pengasas Bersama Leasy App), Siew Ming Yan (Pengasas Leasy App), Clement Loh (CEO Kumpulan Finexus), Karen Lee (Pengurus Kanan Pejabat Pengurusan Program Rakan Kongsi) semasa majlis menandatangani perjanjian

“Kami teruja dengan perkembangan yang sangat menggalakkan ini. Di PayNet, kami membina dan mengekalkan sistem pembayaran digital inklusif yang boleh diakses oleh semua.

“Maka, Fintech ePayments Accelerator Programme telah direka untuk peserta ekosistem kami seperti Finexus untuk memupuk dan membina syarikat FinTech berpotensi untuk menyelesaikan kesulitan sepunya dengan platform pembayaran kami dengan cara yang baru dan inovatif.

“Teknologi pembacaan mesin bil Aplikasi Leasy misalnya boleh menyepadukan DuitNow Request kami untuk pemisahan bil dan menyelesaikan masalah sepunya sekaligus meningkatkan pengalaman pengguna Malaysia,” kata Khairuan Abdul Rahman, Pengarah Perkhidmatan Pembayaran Runcit, PayNet.

(dari kiri ke kanan): Siew Ming Yan (Pengasas Leasy App), Gabrial Tham (Ketua Solusi Digital, PayNet) dan Clement Loh (CEO Kumpulan Finexus) di hadapan papan tanda Pusat Inovasi MyXaaS Finexus

Dalam penjanjian tersebut, Finexus akan membolehkan Aplikasi Leasy pemisahan bil ini untuk mengakses DuitNow Requestnya dan juga perkhidmatan eWalletnya pada Platform Inovasi MyXaaS, iaitu sebuah faundri perisian yang dibina khas untuk syarikat permulaan untuk membina aplikasi impian mereka dengan pantas melalui API.

“Kami berharap untuk mempercepatkan pengkomersialan Aplikasi Leasy dengan Platform Inovasi MyXaaS kami yang tersedia dan terbukti tanpa beban pematuhan, pelesenan dan jutaan pelaburan di pihak mereka.

Gabrial Tham, Ketua Solusi Digital di PayNet memberi ucapan sebelum majlis menandatangani perjanjian

“Oleh itu, syarikat permulaan boleh mengguna teknologi kami sudah dibina dan ditingkatkan selama 20 tahun sebagai rakan kongsi MyXaaS kami. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh melancarkan aplikasi mereka dengan bantuan jurutera pematuhan dan perisian kami yang berpengalaman di Pusat Inovasi MyXaaS kami,” kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus.

Clement Loh, CEO Kumpulan Finexus memberi ucapan sebelum majlis menandatangani perjanjian

Justeru, untuk menikmati spektrum penuh faedah sebagai rakan kongsi MyXaaS, pencipta Leasy juga akan meluangkan banyak masa untuk membina aplikasi mereka di tapak Finexus baharu iaitu di tingkat empat Finexus Towers bertingkat lapan dan bernilai RM30 juta supaya syarikat permulaan teknologi seperti Leasy App boleh diinkubasi.

8,000 kaki per segi ini juga menawarkan ruang kerja terbuka yang luas, ruang acara, bilik mesyuarat, taman, surau dan makanan dan minuman tanpa had untuk semua syarikat baru yang hadir dan mencipta dalam suasana yang kondusif.

Lawatan di Pusat Inovasi MyXaaS Finexus yang diketuai Clement Loh, CEO Kumpulan Finexus (paling kanan)

“Kami sangat bersyukur atas peluang untuk menyepadukan pemisahan bil kami dengan DuitNow Request to Pay oleh PayNet baru ini, lebih-lebih lagi di tapak Pusat Inovasi MyXaaS. Walaupun kami bermula sebagai pemisah bil dengan teknologi pengimbasan resit OCR, sasaran kami ialah untuk menjadi aplikasi kewangan peribadi terbaik.

(dari kiri ke kanan): Tiffany Teh Xiao Bee (Pengasas Bersama Leasy App) dan Siew Ming Yan (Pengasas Leasy App) bekerja di stesen kerja mereka di Pusat Inovasi MyXaaS Finexus

“Selain ciri belanjawan dan penjejakan perbelanjaan kami pada masa depan, kami juga ingin membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang bijak seperti apa pengangkutan optimum yang boleh diambil dan sama ada mereka sepatutnya beli atau sewa rumah. Kami akan melancarkan semula aplikasi facelift kami pada Januari tahun depan,” kongsi Siew Ming Yan, pengasas Leasy App.

Malah, penyenaraian penuh perkhidmatan digital dibuka kepada Leasy sebagai rakan kongsi MyXaaS Finexus untuk merealisasikan aplikasi impian mereka terdiri daripada:

• Perkhidmatan Pengeluaran yang termasuk Kad, eDompet dan Pembayaran (DuitNow, Visa, Mastercard)

• Perkhidmatan Perolehan (DuitNow, Visa, Mastercard, Alipay+, UnionPay)

• Perkhidmatan Kewangan (DuitNow)

• Elektronik Kenali-Pelanggan-Anda (eKYC)

• Pemeriksaan Latar Belakang Pelanggan Automatik (cth. CTOS, CCRIS, Experian, OFAC, UNSC, Sanction List, PEP, dll)

• Perancangan Sumber Perusahaan (ERP)

• Penandatanganan dan Pengesahan Digital

• Perkhidmatan Perbankan Teras

Leasy juga akan dapat menikmati keselamatan yang ketat bagi pemindahan dana dan pemprosesan transaksi di pusat data 100% PCI DSS Tahap 1 (tahap paling ketat) dan Tahap 3 yang dikendalikan dan dimiliki sepenuhnya oleh Finexus.

Dengan perkhidmatan teknologi penyelarasan bagi lebih daripada 70 bank tempatan, dan perkhidmatan penyumberan luar IT dan proses perniagaan bagi lebih daripada 20 bank di ASEAN, Finexus berharap untuk bekerjasama dengan PayNet untuk membina ekosistem permulaan di Malaysia menjadi unicorn, bermula dengan Leasy App terlebih dahulu. 

Mengenai Finexus Group

Finexus Group ialah sebuah syarikat teknologi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:

  • Perkhidmatan platform inovasi MyXaaS 

  • Perkhidmatan terurus untuk teknologi perbankan termasuk set pembayaran, set pematuhan peraturan dan operasi perbankan

  • Perkhidmatan terurus untuk kad, dompet dan teknologi e-pembayaran serta operasi pemprosesan perniagaan hujung ke hujung

  • Penyelesaian pematuhan peraturan

Finexus MyXaaS Innovation Platform ialah faundri perisian yang membolehkan pembina untuk mencipta produk dan perkhidmatan digital FinTech mereka dengan mudah, sekali gus menjimatkan masa untuk ke pasaran. Mereka boleh membangunkan penyelesaian mereka dan melancarkan perniagaan mereka dengan pantas dengan menyambung kepada API kami untuk mengakses banyak aplikasi perisian sedia dan terbukti terutamanya untuk proses kritikal dan kompleks. Oleh itu, perniagaan mereka tidak perlu lesen kawal selia, pensijilan dan pematuhan yang rumit. Kami ialah pemegang lesen EMI, DuitNow, Mastercard, Alipay+ dan Visa yang diluluskan. Kami juga merupakan DuitNow Gateway Hosting, Mastercard dan Visa Prosessor yang diluluskan.

MyXaaS – platform ‘Semuanya sebagai Perkhidmatan’ Malaysia untuk Infrastruktur, Perisian dan Kewangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.finexusgroup.com

Mengenai PayNet 

Payments Network Malaysia Sdn Bhd ialah rangkaian pembayaran utama Malaysia dan infrastruktur pusat untuk pasaran kewangan. Kami menginovasi, membina dan mengendalikan sistem pembayaran bertaraf dunia dan infrastruktur pasaran kewangan yang selamat, dipercayai dan cekap untuk membolehkan fungsi dan pembangunan sistem kewangan Malaysia serta ekonomi secara keseluruhannya. Dengan Bank Negara Malaysia sebagai pemegang saham tunggal terbesar PayNet dan sebelas institusi kewangan utama sebagai pemegang saham bersama, PayNet juga berfungsi sebagai platform untuk memanfaatkan usaha kerjasama sistem perbankan Malaysia untuk mempercepatkan penggunaan pembayaran elektronik. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://paynet.my 

Mengenai Aplikasi Leasy

Aplikasi Leasy dilahirkan daripada penciptanya Siew Ming Yan yang menghadapi kejanggalan pemisahan bil dan tuntutan hutang dari rakan. Oleh itu, Aplikasi Leasy dicipta untuk memudahkan pengguna untuk memisahkan perbelanjaan rumah, perjalanan dan makan yang rumit tanpa perlu bersusah payah atau malu untuk menuntut hutang. Dengan teknologi OCR, Aplikasi Leasy boleh mengimbas dan mengekstrak angka bagi semua jenis resit secara automatik, diikuti dengan penghantaran Request to Pay, semuanya dalam satu aplikasi. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menjejaki akaun bersih belum terima dan belum bayar, lalu membantu pengguna untuk mengekalkan belanjawan mereka. Pemisahan bil untuk orang yang malas dan bijak, aplikasi ini disebut-sebut dapat menyelamatkan banyak perhubungan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://theleasyapp.com/ 


Kandungan ini disediakan oleh Finexus Group.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

ADS