Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Nitori buka cawangan terbesar Malaysia di The Mall, Mid Valley Southkey
Diterbitkan:  Dec 6, 2022 4:02 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Berikutan kejayaan cawangan pertamanya di Asia Tenggara iaitu di Malaysia dan Singapura pada awal tahun ini, syarikat perabot dan barangan kelengkapan rumah yang terbesar di Jepun, NITORI telah mengumumkan sasaran 3,000 cawangan menjelang 2032 dan sasaran jualan ¥3 trilion (USD$ 26.3 bilion), dengan peluasan di luar negara sebagai bahagian penting strategi pertumbuhannya.

Cawangan NITORI yang pertama di Asia Tenggara telah dibuka pada bulan Januari 2022 di Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre di Malaysia, diikuti dengan cawangan kedua di Singapura pada bulan Mac 2022 di Jalan Orchard, yang merupakan laluan membeli-belah utama terbesar di Singapura. Cawangan kelima dan yang terbesar setakat ini akan dibuka pada 15 Disember di The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru, Malaysia. 

Pembukaan ini merupakan langkah pertama dalam pelan peluasan NITORI di pasaran Asia Tenggara. Sepanjang lima tahun akan datang, syarikat ini merancang untuk membuka 20 cawangan di Malaysia dan 10 cawangan di Singapura sebagai sebahagian daripada sasaran peluasannya yang menyeluruh. Gergasi perabot, NITORI ketika ini mempunyai 692 cawangan di Jepun, 88 di seluruh Taiwan, China dan Amerika Syarikat, dan merancang untuk menambah cawangannya kepada 3,000 dalam sedekad yang akan datang.

Mengulas tentang sasaran ini, Pengasas, CEO dan Pengerusi Nitori, Akio Nitori berkata, “Selama beberapa dekad, kami telah menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan kami, dan kami menawarkan nilai yang tinggi bagi wang, serta kualiti dan fungsi yang unggul. Kami berharap bahawa pembukaan cawangan baharu kami di Asia Tenggara ini akan membawa kami selangkah lebih dekat dengan misi kami untuk “memperkaya rumah di seluruh dunia”, dan kami amat gembira dapat menawarkan produk kami kepada pelanggan di wilayah yang penting ini, yang kini sedang melalui pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan.”

Kesemua fungsinya, daripada perancangan produk sehinggalah ke pengilangan, logistik dan jualan, dijalankan sendiri, dan NITORI terus membangun di seluruh dunia dengan pembukaan cawangan pada kadar yang pantas. Rangkaian cawangan di Asia Tenggara ini akan membantu Kumpulan NITORI mencapai Visi 2032 syarikat ini dengan memperkukuhkan jenama ini dalam pasaran Malaysia yang semakin membangun.

Acara pra-pembukaan di The Mall, Mid Valley Southkey akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Disember, antara jam 2 dan 4 petang, dan rakan-rakan akhbar dan media dijemput untuk menghadirinya.


Kandungan ini disediakan oleh PubliCT.io.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS